Okay entry ni sesuai la bagi peminat-peminat drama korea The Heirs ni. Aku tau ramai yang tengok betul tak? Gila ko tak tengok. Heroin semua cun cun. Hero semua hensem hensem. Ha ha okay dah lari topik. aku mention cerita ni sebab rata-rata yang kenal dream catcher ni dari cerita ni.
Kalau nak tau, aku sebenarnya memang dah lama cari dream catcher neclace. Kalau boleh nak beli kat luar je la. Best boleh belek-belek kan? Tapi susah nak jumpa kat tempat aku ni. So terima kasih la kat akak Hanis Zalikha sebab memperkenalkan hashtag #sayajual<nama item> sonang nak carik kau.
Dalam banyak-banyak instagram yang aku survey, aku tengok instagram @hariharimimpi ni la jual paling murah. Harga dia berpatutan untuk setiap saiz. Cantik pun cantik. Dan yang best, tali dream catcher tu korang boleh request nak panjang mana pun. Dyorang tak caj pun untuk tali.
Sape yang nak decorate meja study ke, nak jadi perhiasan kereta ke, nak jadikan rantai ke, nak jadikan strap telefon ke, boleh dah usha insta ni.
Ni yang aku beli. RM5 each and memang request tali panjang sebab nak jadikan rantai pun. Beli dua sebab satu untuk adik punya.
Berbaloi la sikit beli banyak kalau harga tak masuk postage ni sebab nanti boleh agih-agih kos postage. Korang kumpulkan kawan 6 orang yang nak beli benda ni, then order sekali. Kan kos postage dah jadi RM1 seorang. Wuuu
Okay bye
No comments:
Post a Comment