#TheJemahJemahJourney: Day 3

24 November 2015


Assalamualaikum,

Kalau korang tak tau apa benda ni, wajib baca dari Day-1 (klik sini). Dan kalau dah baca day-1 and nak skip ke day-2 (klik sini)

Hari ketiga ni plan nak pergi Laman Seni 7, Shah Alam. Tapi malangnya hujan. So cuma dapat tunjuk dari dalam kereta je. Sambil tu jalan-jalan area situ tunjuk kedai-kedai best. --Kalau dapat pi, mesti dah berlambak gamabr dalam entry ni.

Next, lepak dekat Setia City Mall, Setia Alam. Aktiviti yang best nak buat kat sini ialah main buih sabun! Sebenarnya seronook je nak berkelah kat tengah padang. Tapi baru lepas hujan, so basah. Usually tempat ni penuh dengan orang main roller blade, skateboard, bagi ikan makan --Yang ni tak ada gambar sebab kitorang record video je haha

Space Mission, I-City

At night, kitorang pergi I-City, Shah Alam. Tujuan utamanya nak masuk Snow Walk, tapi under maintainance. So kitorang pilih nak masuk Space Mission, RM15/person. Agak-agak sape yang teringin nak rasa macam mana duduk kat space tu, boleh cuba.

Keluar je dari Space Mission ni, hujan balik kat luar. So tak ada la gambar lampu-lampu tu semua. Again sebab kitorang ambil banyak video. Gambar jadi kureng sikit.


Rutin bagi si perut buntal, haruslah makan. Korang kalau dah pergi I-City tu, wajib la singgah Murni Discovery, Shah Alam ni. Dekat je pun. Makanan kat sini so far sangat memuaskan hati dan memuaskan perut lapar. Nama air dia pun, peh unik ok. Sedap pun sedap.

P/S: Bila aku nak siapkan video ni pun entah.

4 comments:

  1. alahai sayang betul hujan huhhuhu ok that space place looks awesome!!
    serious cantik n inever knew bout tht before ahahah im so lame T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sayang betul hujan. Tapi tak apa la.

      Bukan setakat space mission je. Banyak lagi benda lain kat situ. Belum habis explore ni haha

      Delete
  2. pi murni? fuhh best. makanan dia sesuai dengan harga kan? serius makan kenyang sampai esoknya. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. YESS BOLEH KENYANG SAMPAI ESOK. Kuantiti dia banyak gilaaaaaaaaaaa. Hari tu pergi pun siap bungkus bawak balik hahahaa

      Delete