#TheJemahJemahJourney: Day 1

17 November 2015


Assalamualaikum,

Cuti mid-sem haritu, kawan uni aku, Haliah duduk rumah aku sebab nak jalan-jalan kat Selangor (She is from Johor). Untuk 3 hari 2 malam. Dan sebab tu la, ada hashtag special untuk journey ni, #TheJemahJemahJourney. Memang nama hashtag merepek sikit sebab aku yang bagi nama. Ha sape suruh kan? 



Since Haliah teringin sangat nak main ice skating, aku bawa dia pergi Ice Rink, Sunway Pyramid. Dia tak tau betapa susahnya nak ber-ice skating lagi-lagi untuk first timer. So masa kat sana, memang rupa mak nenek la melekat je tepi dinding tu. --Tapi aku dah suruh dia cuba roller blade kat rumah dulu, kasi fefeeling. 

I know the feeling excited nak ice skate lepas tu muka berubah terus bila masuk ice rink sebab dia tak mudah macam yang kita nampak. I fell so many time kot, well process of learning kan? And now i have no problem nak ice skating. Just kena gain more confident nak speed up by more practising.

For Haliah, since kitorang pi hari Jumaat, there are soo many people. Sampai ice rink pun macam berair. Kalau terjatuh, kena perah seluar. I told her "Weh kalau nak jalan lagi nanti, better try not to fall okay?". --Well she is okay now. Boleh jalan without "dinding" (tapi pegang aku la haha).


Then after maghrib, kitorang gerak ke Ikea, Damansara. Nak penuhkan kempunan si Haliah makan meatball Ikea. Pengaruh budak budak instagram la ni dok post gambar benda alah tu. Untuk ni, aku tak ada gambar. Kalau sape kenal aku, aku ni kalau lapar memang makan terus tak fikir apa dah. Lepas makan nanti baru macam terkedu "WEI AKU LUPA AMIK GAMBAR HMM"

Other place yang wajib singgah bila dah sampai sini, kena pergi Kedai Ustaz, Damansara (Kedai accessori phone). Sape pernah pergi mesti tau betapa bestnya shopping casing phone, screen protector, monopod sebab murah-murah belaka wei. --Aku jumpa casing yang sebijik aku beli, harga dia RM9 padahal aku beli kat tempat lain RM30 *menangis mendayu-dayu*

Untuk hari pertama ni, aku pergi dengan adik aku yg ke-2, Nadhirah, Adik aku yang ke-5, Dona, Haliah. Kalau nak tengok gambar and video kitorang, boleh search hashtag #TheJemahJemahJourney kat instagram okay?

Aku tau over sangat siap ada hashtag bagai dengan watermark sendiri. Tapi macam ni la kalau dapat kawan dengan blogger yang over macam aku. Semua nak kena ada watermark. Exclusive konon-konon. --Video dalam proses editing. Ni la punca aku tak buat assignment kah kah kah


4 comments:

  1. ice skating! teringin nak try. but i bet i will be like your friends ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha first timer memang selalu macam ni. Tapi lama-lama okay la. Kena selalu main. Hahaha

      Delete
  2. SEBIJIK macam my friends and I waktu ice skate dulu. entry ni buat teringat balik. hahaha nak gi lagi sana kalau boleh~

    ReplyDelete
  3. SEBIJIK macam my friends and I waktu ice skate dulu. entry ni buat teringat balik. hahaha nak gi lagi sana kalau boleh~

    ReplyDelete