Terminum pencuci tandas

11 September 2015


Assalamualaikum,

Dengar tajuk pun dah tau yang benda ni semua tak sengaja sebab perkataan "ter" tu. Nak pesan kat sini la, pencuci tandas tu lain kali jangan letak merata-rata. Nak pulak pacakging lawa tak rupa pencuci tandas pun.

Yang terminum pencuci tandas tu bukan aku tapi adik aku. So cerita kat bawah ni jadikan pengajaran la ye.


So satu malam ni, semua adik beradik aku melepak dengan smartphone masing dalam bilik ibu aku (dia kalau dah pasang air-cond memang automatik melekat dalam tu). Datang adik aku yang keempat, Zack, 12.

Masuk bilik terus sambar botol sebelah kaki aku dan minum isi dia. Aku dengan panik cakap,

"Weh asal kau minum benda tu? Tu kan pencuci tandas!"

"Tipu"

"Ye doh ibu letak situ sebab kejap lagi nak letak dalam tandas"

"Lah menipu"

"Ye la. Cuba tengok ni dia tulis panda..."

"Kenapa letak pencuci tandas kat peti ais? Semalam aku nampak kat peti ais" sambil meludah balik air dia dah telan.

"Ye la sebab pencuci tandas yang ni kena simpan situ dulu sebelum pakai. Perut kau rasa panas tak?"

"Tak pun"

"Weh aku nak google la terminum pencuci tandas. Haa kau tengok ni Zack haa. Kau tak rasa panas ke?" sambil tunjuk screen phone yang dipenuhi hasil carian tersebut.

"Tak"

"Mungkin dia lambat sikit kot. Cuba tunggu lama sikit. Pencuci tandas kan ada asid nak cuci tandas bersih-bersih"

"Hmm aku dah rasa panas sikit" dan keluar dari bilik ibu aku

---Nanti aku sambung lagi la. Kesian pulak rasanya. Simpati pun ada.



5 comments:

  1. aduhai..terminum pencuci tandas..semoga xda pape adik awak ye. :) follow #1079

    ReplyDelete
  2. kesiannya adik kau...mentang2 dah lepas UPSR huhu

    ReplyDelete
  3. kesiannya adik kau...mentang2 dah lepas UPSR huhu

    ReplyDelete