Biodata seorang Ajan

28 September 2015


Assalamualaikum,

Tiba-tiba rasa macam kena post juga biodata ni walaupun aku ni sebenarnya dah 5 tahun dalam dunia blog ni. Dalam entry ni aku cuba tulis biodata dalan version full. Since kat about me tu sangat lah simple.

Dari kiri: Aini, Wana, Haliah, Ajan
Nama diberi Nur Hafzhan Bt Abdul Rauf. Ajan tu nickname. Anak pertama dari 5 orang adik beradik. Lahir pada 15 Mac 1994 (21 tahun, 2015). Dilahirkan di Hospital Tanjung Karang, Selangor. --My parents and grandparents are javaneese. Unfortunately i can't speak javaneese hmm

Tinggal di kawasan Klang, Selangor. Aku anak jati Selangor weh atok, nenek, ibu, ayah asal Selangor. Kampung aku kat Tanjung Karang (Ibu) dan Sepang (Ayah).

Sekarang sedang belajar di Universiti Utara Malaysia mengambil jurusan Perbankan, semester 5. Sebelum ni belajar di Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang perakaunan --I never thought that i can pass this since i was a science stream student. Selalu sangat dengar komplen yang akaun susah. Tu  yang tak sangka dapat pass dengan jayanya. Alhamdulillah.

Pastu aku tak tau nak tulis apa lagi. Apa lagi korang nak tau? Tak sangka nak tulis pasal diri sendiri pun susah. Lama gak ah nak tulis benda macam ni. Kalau rasa macam nak tau benda lain, tanya je la.

Motif aku tulis entry ni? Ada orang selalu confuse dengan jantina dan nama aku. Dia kalau sorang je tak pe. Ni dah banyak kali. So biar la aku perkenalkan diri aku.

Kelakar sebenarnya bila orang confuse dengan nama aku ni. Sekali dengan jantina aku bertukar. Tapi aku tak salahkan sape-sape pun sebab konfius. Dah biasa dah pandang orang muka berkerut tengok nama aku, tak pun gagap nak sebut. (Bukan saje in reality, in virtual world ni pun ada yang confuse ok hahaha)

Pastu details extra yang takde kena mengena pasal nama dan jantina tu saje je aku bagi. Mana tau tiba-tiba ada jodoh nak datang kah kah kah. (Kelakar pulak rasanya macam kena buat resume bila nak cari jodoh)  ---Haip jodoh kerja ok. Kerja.

Note: Sorry sebab jarang update entry and blog walking. Sebab bila dah naik sem ni aku busy. Almaklum la pegang jawatan. Tak cukup jawatan jadi student, nak jugak jawatan as Exco. Assignment belum dapat tapi paperwork banyak dah kena siapkan hahaha


8 comments:

  1. Saya pun anak sulung 5 beradik hehehe
    Nak tanya.. Yang lelaki kat gambar Author tuu sapa. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, geng anak sulung. Yang lelaki tu? Jeng jeng jenggg

      Delete
  2. Lagi best kalau baca pasal hobi kak ajan ke, cita cita masa zaman skolah dulu.. huhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha okay. Nanti kalau akak ada masa, akak cerita eh.

      Delete
  3. hai akak...haha first2 dengar nama ingat nama laki heeee...pempuan ngupenye heee~~~

    ReplyDelete