Chocolate Banana Wonton

15 March 2016


Assalamualaikum,

Finally nak share resepi. Jarang nak share resepi sebab selalunya semua failed hahaha. Ha ni entry lama aku, siap ada kompilasi resepi tak jadi. Kalau nak baca, (klik sini)

I still remember yang aku buat pavlova. Meringue dia macam kena pam, kembang sampai sentuh atas oven. Sekali bila keluarkan dia kempis. CIS. Yang dah sentuh atas oven tu jadi hitam and pahit. Aku pulak rilek je cover dengan cream and letak buah. Lepas tu bagi orang makan dengan muka inesen. then dia kata "Ajan, pavlova tu sedap tapi pahit sikit" (Sakit perut aku gelakkan dia)

So okay, back to chocolate banana wonton. Ni memang 100% follow video kat bawah. Adik aku, Nad yang suggest buat. Tu pun sebab jumpa resepi kat twitter. Nowadays banyak gila orang share resepi 5 stars kat facebook kan? Tinggal rajin tak rajin je nak buat.


Actually aku dah tukar wonton wrapper tu dengan roti. Just buang bahagian tepi roti dan leperkan guna dough roller (betul ke ni nama dia?). And bila dah lekapkan dengan roti lagi satu, tekan dengan hujung garfu biar secure and lawo!

Kalau korang guna roti, tak disarankan untuk goreng chocolate banana wonton ni sebab dia punya serap minyak tu. Peh dahsyat. So, what i did was kitorang bakar dalam oven. Since ni sukati je tukar cara bakar, aku pun sukati je nak bakar berapa lama and berapa panas hohoho (Ala kreativiti kan? Nak bagi hitam legam pun boleh)




Tapi awas! jangan gelojoh. Jangan terpedaya dengan bau coklat (lagi-lagi kalau bakar sebab bau coklat dia kuat). Kalau memang tak boleh sabo, merasa la sensasi hot and sweet. Coklat panas melimpah perlahan-lahan kedalam mulut dan bibir. Baru tau menggelupur.

Aku salah seorang yang gelojoh tu. Gatal tangan nak ambil yang panas. Lepas tu pandai gigit besar dalam mulut. Syahdu gila masa makan tu. Perasaan yang sukar digambarkan. Kalau KFC kata "Sedap hingga menjilat jari", aku punya "Sedap hingga menitiskan air mata". Padan muka hahaha.


P/S: Sorry jarang update and blogwalking. First week naik sem, busy dengan add drop subject. Second week and afterward, busy dengan assignment. Thanks to those yang tag! Ive bookmark you guys punya blog. And akan cuba siapkan entry secepat mungkin :D

P/S2: HAHAHA ini entry kedua. Yang mula-mula tu tak sengaja ter-delete sebab i thought benda tu draft. Thank apis sebab bagitau. Kalau tak aku biarkan je hahahahha



16 comments:

  1. Replies
    1. Aip nak terliur, sila bawa baldi hhahaha

      Delete
  2. ajaann! sedapnyaaa haa. lepasstuuu gmbr tu lawa sgt lighting dia tmbh lg sdp haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah wow siap dapat positif komen pasal gambar. Thank you :D

      Delete
  3. Replies
    1. Yes sedap! banana and chocolate is purrfect combination :DD

      Delete
  4. Alahai tergugatnya tengok cekelat tu . Btw nak tnye bakar dlam oven brp lama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu bakar dalam 15 minit. Ikut la nak rangup macam mana roti tu. :D

      Delete
  5. huweiiiiiiiiiiiiii sumpah kecur liur hahahaha yg gelojoh tu dah nape ishhhh dia ni hihhih. dapp dapp thanks ajan <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak tahan meh bau chocolate tu. Sedap sampai nangis nangis XD

      Delete
  6. Pernah makan. ☺ Memang sedap. Selalu beli COD jerk. Alhamdulillah tidak mengecewakan. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada orang jual rupanya. Why i never knew this XD

      Delete