5 Things I Hate Most's rules
- Buat satu entri bertajuk "5 Things I Hate Most"
- Senaraikan lima benda / perkara yang anda paling tak suka / benci.
- Mention siapa tag anda dalam entri tersebut.
- Anda juga dikehendaki untuk tag lima blogger dan pastikan mereka tahu.
Thanks to Fatin Liyana sebab tag and sorry sebab siapkan lambat tsk tsk tsk. So let's begin!
1. Toothpaste jatuh dari toothbrush.
Aku dah letak toothpaste comel-comel atas berus gigi. Boleh pulak dia buat free fall masa aku nak basahkan ubat gigi tu. Lagi-lagi kalau guna penutup ubat gigi yang kena putar-putar tu. Satu kerja nak buka balik and letak lagi sekali haih. --Pernah dah masuk mulut lepas tu pelik "Aik ubat gigi ni takde rasa mint ke?". Lepas kumur-kumur baru perasan, ubat gigi dalam sink. Bencik.
2. Tudung tak bagi kerjasama.
Masalah untuk tipikal perempuan. Kalau tudung problem, memang effect mood untuk hari tu. Terasa hodoh sepanjang hari. --Please jangan tegur aku masa tudung aku buat hal. Memang muka aku bertukar jadi singa.
3. Harga barang yang diakhiri dengan 5 sen.
Aku malas betul bila nak cari 5 sen dalam populasi duit syiling aku. 20 sen dengan 50 sen baru pun masih susah nak bezakan. Ini lagi 5 sen dengan 10 sen. Kalau tak cari 5 sen, nanti berlambak la 5 sen dalam purse. --Selalu cakap takde duit syiling. Lepas tu, tengok purse banyak dah duit syiling ugh
4. Charge phone tapi tak on suis.
Tak payah cakap la. Ni paling berbulu. Lagi-lagi kalau masa tu charge sebab nak prepare keluar. Memang mood nak keluar tu, elok-elok excited terus rasa hambar. --Jangan cakap pasal powerbank sebab powerbank aku rosak dah hahahah
5. Jalan belakang orang yang jalan lambat.
Siapa yang jenis jalan laju lepas tu terpaksa slow down walking speed sebab orang depan kau block jalan lepas tu rilek je jalan slow, you feel me. I have no problem kalau dia nak jalan slow tapi jalan tepi. Ni boleh dia buka warung kopi drive thru zzzzz
Sorry la kalau aku punya senarai ni macam "Eleh biasa je" sebab aku ni pengalaman belum luas. Tak ada pengalaman jumpa orang macam-macam lagi (Walaupun dah 22 tahun hidup). Tak pun aku cuma just ignore je kenangan pahit tu. --Told ya aku ni bab hilang ingatan ni memang power. Aku memang ada anaema tak tau pulak kalau ada amnesia.
Sorry tak tag siapa siapa sebab kalau aku dok fikir siapa aku nak tag, lagi lama la entry ni duduk dalam draft. Ni pun dah lama sangat terperap dalam draft.
num 1 tuuu selalu jadi,pencuci muka pun,baru nak gosot tiba2 tak rasa buih kat muka ,tengok2 kt lantai dah terkelepet jatuh T_T
ReplyDeleteHahaha kelakar. Memang benci gila bila dia jatuh tanpa sedar ni T-T
DeleteThanks sebab sudi jawab tag dari Fatin. Hehehe. Nombor 5 tu pun Fatin tak suka jugak, tapi in term of bawak kereta la. Hehehe. Boleh pulak kereta depan tu bawak slow macam makan angin. Nak potong tak boleh sebab jalan bertentangan banyak kereta, lagi lah angin :D
ReplyDeleteYea youre welcome. Sorry sebab lambat publish tsk tsk.
DeleteHaha geram kan? Kalau bagi laluan utk orang yg nak jalan laju takpe lagi. Tapi kalau term bawak kereta, memang kena sabor banyak la.
bab tudung tu sama lah,if xjadi,mmmg hilang je mood rasa
ReplyDelete