Tips: Selamatkan pendrive dari virus di computer lab

08 November 2014


Assalamualaikum,



Ini adalah masalah terbesar buat student macam aku. Since tak ada printer sendiri, kena la print segala mak nenek assignment, nota kuliah kat computer lab. Sakit hati jugak la bila pendrive kesayangan R.I.P sebab selalu connect dengan computer lab.

Sekarang aku dah tak bawak pendrive pi computer lab tapi boleh print. Pendrive selamat, note and assignment pun dapat. Win-win situation.

Cuma perlukan Expire Box and Bitly (Aku dah bookmark dah dua dua link ni hehe)


Expire box.
Expire box ni sama je macam dropbox dan semua binatang cloud storage tu. Cuma beza yang ni simpan dokumen korang sekejap je. Lepas 48jam, dokumen korang dah takde. So jangan risau la, takde sape nak curi assignment kau tu.


Upload dokumen korang macam biasa. Then copy download link.


Bitly.
Aku guna bitly ni sebab nak pendekkan url yang panjang berjela. Kalau korang genius tahap dewa, boleh la hapal url yang Expire Box tu bagi.


Just masukkan link yang korang copy tadi kat tempat kosong atas tu. Nanti dia bagi link yang pendek. Tapi still susah nak ingat (bagi aku la). So nak best, sila sign up bitly. Paling malas pun sign up pakai facebook je weh. Tak payah nak isi form banyak-banyak.


Macam tadi, just masukkan link korang kat ruang ikan buntal tu. Nanti jadi la macam dalam gambar atas ni. See? Boleh costumized link yang dah dipendekkan tu. Aku dah costumized link. So tak wujud dah link huruf pelik-pelik tu.

So lepas ni, dah boleh pi computer lab dan sebut link yang korang cipta tu dengan bangga. Contohnya;

"Akak, nak print dari web bitly.com/sayacomeldariawak"

Sebab kat komputer lab aku, bahagian printing ada orang jaga. Kena hulur pendrive baru dia printkan. Kalau buat sendiri tu sempat la nak login dropbox ke, facebook ke..

Penggunaan benda alah ni tak terhad. Pandai-pandai la korang aplikasikan.





Aku siap pendekkan link blog aku. Nak letak kat instagram. Aku tau link blog aku susah nak ingat. Ni semua salah idea aku masa form 4 dulu. Konon gempak padahal asdfghjkl.



Okay bye! Nak pi print assignment. Selamat maju jaya guna cara ni. Terasa macam sel sel otak sedang berhubung bila menaip entry ni. HAHAHA



3 comments:

  1. kalau bab virus dari pc lain ni memang tak boleh nak elak.. saya guna smadav (:

    ReplyDelete
  2. saya boleh je hafal link blog hafzan ni. hiks :D

    ReplyDelete
  3. Haha...camtuh ea..thx for info..

    ReplyDelete