Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tips: Selamatkan pendrive dari virus di computer lab

08 November 2014


Assalamualaikum,



Ini adalah masalah terbesar buat student macam aku. Since tak ada printer sendiri, kena la print segala mak nenek assignment, nota kuliah kat computer lab. Sakit hati jugak la bila pendrive kesayangan R.I.P sebab selalu connect dengan computer lab.

Sekarang aku dah tak bawak pendrive pi computer lab tapi boleh print. Pendrive selamat, note and assignment pun dapat. Win-win situation.

Cuma perlukan Expire Box and Bitly (Aku dah bookmark dah dua dua link ni hehe)


Expire box.
Expire box ni sama je macam dropbox dan semua binatang cloud storage tu. Cuma beza yang ni simpan dokumen korang sekejap je. Lepas 48jam, dokumen korang dah takde. So jangan risau la, takde sape nak curi assignment kau tu.


Upload dokumen korang macam biasa. Then copy download link.


Bitly.
Aku guna bitly ni sebab nak pendekkan url yang panjang berjela. Kalau korang genius tahap dewa, boleh la hapal url yang Expire Box tu bagi.


Just masukkan link yang korang copy tadi kat tempat kosong atas tu. Nanti dia bagi link yang pendek. Tapi still susah nak ingat (bagi aku la). So nak best, sila sign up bitly. Paling malas pun sign up pakai facebook je weh. Tak payah nak isi form banyak-banyak.


Macam tadi, just masukkan link korang kat ruang ikan buntal tu. Nanti jadi la macam dalam gambar atas ni. See? Boleh costumized link yang dah dipendekkan tu. Aku dah costumized link. So tak wujud dah link huruf pelik-pelik tu.

So lepas ni, dah boleh pi computer lab dan sebut link yang korang cipta tu dengan bangga. Contohnya;

"Akak, nak print dari web bitly.com/sayacomeldariawak"

Sebab kat komputer lab aku, bahagian printing ada orang jaga. Kena hulur pendrive baru dia printkan. Kalau buat sendiri tu sempat la nak login dropbox ke, facebook ke..

Penggunaan benda alah ni tak terhad. Pandai-pandai la korang aplikasikan.





Aku siap pendekkan link blog aku. Nak letak kat instagram. Aku tau link blog aku susah nak ingat. Ni semua salah idea aku masa form 4 dulu. Konon gempak padahal asdfghjkl.



Okay bye! Nak pi print assignment. Selamat maju jaya guna cara ni. Terasa macam sel sel otak sedang berhubung bila menaip entry ni. HAHAHA



Penggunaan gear auto dengan betul

20 August 2014


Assalamualaikum,



Aku mengaku yang aku ni perempuan tipikal yang tak berapa nak reti dalam bab kereta, lappy, phone or any mechanical device lah. Reti pakai gitu-gitu je. Nasib baiklah terdetik nak google : Cara penggunaan gear auto dengan betul.

Selama ni aku cuma tau fungsi P: Parking, D: Drive, R:Reverse and N: Neutral. Neutral tu pun tau sebab ayah bagitau guna bila berhenti kat traffic light. Macam mana pulak dengan 2 dan 3 kat kotak gear tu? --Tujuan utama google sebab nak tau fungsi 2 dan 3 ha ha ha

Aku sarankan korang pergi baca kat blog ni (klik sini) sebab aku pun baca dari situ. Nak copy paste rasa macam tak baik so aku share ja link dia. Senang kalau ada soalan bole tanya dia [Guess what, aku baca pe semua soalan yang diutarakan. Sedikit sebanyak membantu kot]


---------------------------------

Hari tu ter-tengok cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia (aku tak layan citer cemni sebenarnya) Ada part yang Tiz mintak tolong Izzue pasal lappy dia. Sentap jugak ah bila Izzue kata "Haa ni la perempuan reti guna je...bla bla bla.." Siap ungkit pasal kereta Tiz tuh.

Nasib baik aku tau defrag lappy (Ibu aku yang ajo ha ha) so tak dalam sangat sentap dia. BTW, aku tak tau nama watak deme dalam cerita tu tau sebab tu tulis nama sebenar T^T

Antara produk kesihatan dan kosmetik yang diharamkan

18 August 2014


Assalamualaikum,

Firstly aku nak pesan jangan serbu aku tanya pasal produk ni. Aku cuma nak kongsikan supaya pengguna produk boleh menghentikan penggunaan kerana dikhuatiri memudaratkan. Since benda ni pun dah dipamerkan di Hospital PPUM, okay pergi check barang cepat.

Aku harap korang boleh teliti barang dalam gambar tu ye. Aku tak dapat nak list kan satu-satu sebab ada produk yang aku tak tau.



Aku  rasa ramai yang pakai antara produk-produk tu. Dalam keluarga aku pun ada 2 - 3 jenis produk yang dipamerkan. Tapi dah stop dah sekarang. Mungkin tak nampak kesan dia sekarang. Tapi takkan bila dah teruk baru nak ambil tindakan kan?

Lepas ni sebelum nak guna sesuatu produk tu, kena makesure yang produk tu ada kelulusan KKM tau. Jangan pakai balun je.

Trip: 3 days 2 nights in Langkawi

21 June 2014


Assalamualaikum,

Gambar kat jeti ni sangat la wajib ye adik adik
Note: Entry ni penuh dengan cerita, tak banyak gambar. Gambar in the next entry okay? ^^

15 June 2014
First day nak pergi of course excited. Sanggup bangun awal pagi sebab nak siapkan sandwich. Padahal masing masing tak cukup tidur sebab malam tu tak boleh tidur. Excited kan? So pukul 8 dah siap dah gerak pi jeti kat Kuala Perlis, feri pukul 9.

Aku tak ingat la pukul berapa sampai Langkawi ni. Boleh tahan pening naik feri (lama tak naik doh). Dapat kereta sewa (kami ambil Myvi auto) terus drive pergi Pantai Tengah sebab chalet kami kat sana, betul betul depan pantai k. Lepas unpacking, rehat kejap. Note: Kome kalau nak drive tu jangan lupa ambil peta Langkawi. Kang sesat aku tak tau.

Pukul 2 pergi Underwater world. Okay ni aku tak tau apasal kiteorang masuk macam budak-budak. Boleh masuk lari sana sini lepas tu ber-hai hai dengan ikan-ikan kat situ. Ni la hidden personality yang suddenly keluar diumur lingkungan 20-an ni.

Power betul. Gambar sunset bila kena edit jadi macam sunrise XD
Petang tu lepak kat pantai la hahaha. Ombak kat Pantai Tengah ni kuat tau. Kalau agak agak tak pandai berenang macam aku ni, boleh la main kat pesisir pantai macam cengkerang. No joke okay, aku yang duduk kat kawasan cetek pun boleh kena tarik T^T

16 June 2014




Pukul 9 dah ready nak pergi Island Hoping. 3 pulau yang kiteorang pergi. Pulau Dayang Bunting, Pulau Private (idk is it true or not, pulau tempat tengok helang makan) dan Pulau Beras Basah. Island hoping ni best k untuk pencinta alam sekitar.


Lepas zohor baru gerak ke Oriental Village. Nak naik cable car. Orang kata rugi kalau pergi Langkawi tak naik cable car dia. So there, dalam 30 minit jugak la dari Pantai Tengah. Best okay dah sampai sini walaupun hakikatnya masing masing takut naik kereta kabel tu. Gayat aaa.

So dah alang alang dekat dengan Telaga Tujuh tu, jalan sekali kesana. Tapi tak naik pun sampai atas. Tak sanggup ah penat. Sampai kat air terjun yang korang boleh nampak masa naik kereta kabel tu je. Lagipun dah petang sangat. Tak ramai orang.

Malam? Tido. Tak larat nak keluar lagi. Mengigil dah kaki asyik mendaki je.

17 June 2014

Mission accomplished
Jjang dah last day. Kejap je dah 3 hari. Nasib baik sempat cari baju langkawi. Sebenarnya kiteorang buat mission: Last day trip, kena pakai baju Langkawi yang sama dan tangkap gambar di Dataran Lang.

Last day ni la baru betul nak borong coklat, kain batik, kain pelikat, minyak gamat, pemanggang ajaib dan segala-galanya la. (Ibu aku suruh beli pemanggang ajaib oi. Memey cam orang gila nak bawa coklat lagi, pemanggang ajaib lagi tsk tsk)


Lepas dok bershoping kat HIG Complex, kiteorang sempat lagi pergi Kota Mahsuri. Bukan masuk pun. Takt pergi tangkap gambar je. Masing-masing dah malas. Panas kan?
_____________________________________


Dan itu la kesudahannya. Baru 3 hari kat Langkawi rasa macam dah terer jalan kat sana (serious, drive tak payah tengok peta dah). Satu lagi benda yang korang tak tau, 3 orang dari 4 orang dalam gambar tu sebenarnya belum habis final tapi dah jalan macam dah cuti.

Kisah satu pagi...
Makcik: Belajar lagi kan? Kat mana?
Kami: UUM.
Makcik: UUM Sintok? Dah tahun berapa ni?
Kami: Haah Sintok. Tahun pertama.

Lepas tu masuk kereta "Ha ko tengok kita baru tahun pertama dah jalan cemni. Sem depan nak pi mana lagi ni? HAHAHA" "THAILAND!" -- Cherish every moment you have. You will not have the same and you ganna miss it.


Tips: Kami pergi ni under agent perlancongan. So for those yang nak pergi with low cost boleh je pergi terus. Nanti sampai jeti Langkawi tu benda pertama kena buat ialah cari peta. Pasal kereta sewa no probs, sebab ko turun jeti ramai datang kat ko offer kereta sewa. Then pandai-pandai la nak check in ditempat kegemaran. Banyak k resort semua takda hal dah lepas tu. Jalan sampai lebam!