Trip: 3 days 2 nights in Langkawi

21 June 2014


Assalamualaikum,

Gambar kat jeti ni sangat la wajib ye adik adik
Note: Entry ni penuh dengan cerita, tak banyak gambar. Gambar in the next entry okay? ^^

15 June 2014
First day nak pergi of course excited. Sanggup bangun awal pagi sebab nak siapkan sandwich. Padahal masing masing tak cukup tidur sebab malam tu tak boleh tidur. Excited kan? So pukul 8 dah siap dah gerak pi jeti kat Kuala Perlis, feri pukul 9.

Aku tak ingat la pukul berapa sampai Langkawi ni. Boleh tahan pening naik feri (lama tak naik doh). Dapat kereta sewa (kami ambil Myvi auto) terus drive pergi Pantai Tengah sebab chalet kami kat sana, betul betul depan pantai k. Lepas unpacking, rehat kejap. Note: Kome kalau nak drive tu jangan lupa ambil peta Langkawi. Kang sesat aku tak tau.

Pukul 2 pergi Underwater world. Okay ni aku tak tau apasal kiteorang masuk macam budak-budak. Boleh masuk lari sana sini lepas tu ber-hai hai dengan ikan-ikan kat situ. Ni la hidden personality yang suddenly keluar diumur lingkungan 20-an ni.

Power betul. Gambar sunset bila kena edit jadi macam sunrise XD
Petang tu lepak kat pantai la hahaha. Ombak kat Pantai Tengah ni kuat tau. Kalau agak agak tak pandai berenang macam aku ni, boleh la main kat pesisir pantai macam cengkerang. No joke okay, aku yang duduk kat kawasan cetek pun boleh kena tarik T^T

16 June 2014




Pukul 9 dah ready nak pergi Island Hoping. 3 pulau yang kiteorang pergi. Pulau Dayang Bunting, Pulau Private (idk is it true or not, pulau tempat tengok helang makan) dan Pulau Beras Basah. Island hoping ni best k untuk pencinta alam sekitar.


Lepas zohor baru gerak ke Oriental Village. Nak naik cable car. Orang kata rugi kalau pergi Langkawi tak naik cable car dia. So there, dalam 30 minit jugak la dari Pantai Tengah. Best okay dah sampai sini walaupun hakikatnya masing masing takut naik kereta kabel tu. Gayat aaa.

So dah alang alang dekat dengan Telaga Tujuh tu, jalan sekali kesana. Tapi tak naik pun sampai atas. Tak sanggup ah penat. Sampai kat air terjun yang korang boleh nampak masa naik kereta kabel tu je. Lagipun dah petang sangat. Tak ramai orang.

Malam? Tido. Tak larat nak keluar lagi. Mengigil dah kaki asyik mendaki je.

17 June 2014

Mission accomplished
Jjang dah last day. Kejap je dah 3 hari. Nasib baik sempat cari baju langkawi. Sebenarnya kiteorang buat mission: Last day trip, kena pakai baju Langkawi yang sama dan tangkap gambar di Dataran Lang.

Last day ni la baru betul nak borong coklat, kain batik, kain pelikat, minyak gamat, pemanggang ajaib dan segala-galanya la. (Ibu aku suruh beli pemanggang ajaib oi. Memey cam orang gila nak bawa coklat lagi, pemanggang ajaib lagi tsk tsk)


Lepas dok bershoping kat HIG Complex, kiteorang sempat lagi pergi Kota Mahsuri. Bukan masuk pun. Takt pergi tangkap gambar je. Masing-masing dah malas. Panas kan?
_____________________________________


Dan itu la kesudahannya. Baru 3 hari kat Langkawi rasa macam dah terer jalan kat sana (serious, drive tak payah tengok peta dah). Satu lagi benda yang korang tak tau, 3 orang dari 4 orang dalam gambar tu sebenarnya belum habis final tapi dah jalan macam dah cuti.

Kisah satu pagi...
Makcik: Belajar lagi kan? Kat mana?
Kami: UUM.
Makcik: UUM Sintok? Dah tahun berapa ni?
Kami: Haah Sintok. Tahun pertama.

Lepas tu masuk kereta "Ha ko tengok kita baru tahun pertama dah jalan cemni. Sem depan nak pi mana lagi ni? HAHAHA" "THAILAND!" -- Cherish every moment you have. You will not have the same and you ganna miss it.


Tips: Kami pergi ni under agent perlancongan. So for those yang nak pergi with low cost boleh je pergi terus. Nanti sampai jeti Langkawi tu benda pertama kena buat ialah cari peta. Pasal kereta sewa no probs, sebab ko turun jeti ramai datang kat ko offer kereta sewa. Then pandai-pandai la nak check in ditempat kegemaran. Banyak k resort semua takda hal dah lepas tu. Jalan sampai lebam!


6 comments:

  1. Lama dah tak ke langkawi... bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni namanya kena datang lagi ni. Hahaha

      Delete
  2. wah wah rindunya nak pergi langkawi. langkawi best kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkawi best! Banyak tempat boleh pergi <3

      Delete
  3. bestnye jj kat langkawi.. lama dah xp..

    ReplyDelete