Dulu lepas balik sekolah aku suka tidur petang atas sebab penat. Padahal kalau mandi elok je kot segar balik. Ni dah malas dan mengada-ngada punya pasal.
Kebetulan esok hari sabtu, ada kokurikulum dan aku dah janji dengan kawan aku nak jumpa kat sekolah masa kokurikulum nanti. Bila aku bangun je tengok jam dah pukul 7:35 malam. Since semua barang tak prepare lagi (tudung tak gosok and bla bla bla), kelam kabut aku pi mesej kawan aku tu.
"Zaliena, sorry weh aku tak datang koku."
"Engkau dah kenapa ni Jan?"
"Aku terlambat bangun ni T^T"
"Ni baru pukul 7:35 malam"
Masa tu baru terpinga-pinga fikir "Malam? Malam bila sabtu ke?". Lepas 3 minit fikir (dalam keadaan bingung) baru sedar yang aku baru bangun dari tidur petang.
"Weh, sorry sorry aku nyanyuk kejap tadi hahahaha. Malu gila. Jangan citer kat sape-sape tau. Jumpa esok!"
Serious masa bangun tu rasa macam baru bangun pagi sebab keadaan gelap dia tu. Menyesal jugak la masa tu sebab tidur petang. Ibu dah selalu pesan "Jangan tidur selepas asar". Nanti hilang kewarasan / otak boleh jadi bingung kata encik google pula. Aku je yang degil. Tsk tsk.
So kelmarin aku gatal pi tidur petang lagi. Sebab aku jeles family aku pi tengok movie tapi bagitau kat group whatsapp, aku kat kedah kot. Tahun depan baru balik. Tidur sebab nak elak roomate nampak aku tengah nangis (It's hurt when it felt like been left out) --Aku macam spoiled daughter kan? Memang pun.
Again, bila bangun aku tengok roomate aku tengah ambil tuala nak pi mandi. "Aik? Ada kelas ke? Ada discussion kot tu" Bila check phone, jam 18:55. Aku pun cepat-cepat bangun mandi.
((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). - Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)(1) --Sumber
Nota: Elakkan la tidur petang. Kalau tak muda-muda lagi dah rasa jadi gila.
dhsyat eh. .dh la sy nie jenis suka tidur petang. kata orang kalau 40 hari tido lepas asar straight je takde skip2 memang boleh hilang akal.
ReplyDeletewallahualam.
Buat masa ni kita takde pun selalu tidur petang. Jarang. Eih, elakkan la tidur petang ni. Kang tak pasal pasal
Deletekisses
ReplyDeletebetul tu.. otak jadi ting tong.. bangun tidur ja terus lupa semuanya..mengigau ja rasa..lagisatu nak tidur,tidur sekejap selepas zuhur.. kita dulu kuat tidur petang.,bangun kepala sakit terhuyung hayang ja..,lepas tu tersedar balik tak elok tidur petang lg2 time nak maghrib.. huhu
ReplyDeleteBetul tu tsk tsk. Dah merasa ni
Deleteoke ini ohsem!! serius kelakar.. ade jugak pengalaman macam ni..nti lah citer.. tp masa tu tidur lepas/sebelum zohor..ekeke
ReplyDeleteRasanya ramai ada pengalaman cemni. Memang kelakar. Tiba-tiba rasa macam cepat sehari.
Deletejarang tidur petang ni, kalau mengantuk sekali pun, tahan dan buat sesuatu agar tak pass out. hehehe.
ReplyDeleteBetul. Kalau tak mengantuk pun, jangan la gatal-gatal baring kat katil. Terus berat nak bangun.
Deleteorang yag tidur lepas asar memang senang saja dapat penyakit gila hehehe
ReplyDeleteaaa serik aaa
DeleteSamalahh , sy dulu pun suka tidur petang-petang. Tapi sekarang slowly berubah untuk xtidur lepas Asar lagi.
ReplyDeleteHaha..penah jugakla mcm tu, tp waktu sekolah..siap da sarung bju sekolah lg.. Parent sume heran..hehe
ReplyDelete