The Versatile Blogger Award

07 September 2014


Assalamualaikum,

Yeay Mini Merdeka Giveaway dah tutup! Baru dapat publish entry ni.

Sebelum ni sibuk dengan Liebster Award. Sekarang muncul pula Versatile Blogger Award. Apa-apa pun terima kasih Miss Fatyn, Farra, RaraIzzaty, Sham, Yus dan Reza sebab tag --Sejujurnya aktiviti macam ni la yang membantu aku untuk update blog bila dah ketandusan idea nak update hahaha.

Sebenarnya entry ni dah siap pada 28 August 2014, tapi kasi laluan kat giveaway dulu. So sape yang baru tag aku tu, yang sempat aku masukkan nama dia. Hehe



Rules:
- Thanks to the person who gave you this award (Include a link to their blog)
- Select 15 blogs (bloggers you've recently discovered, followed regularly)
- Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
- Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Okay, based on the rules aku kena pilih 15 blog dan calonkan dia untuk award ni (Walaupun aku tak tau apa beza rules no 2 dan no 3) baru tulis "7 thing about yourself" --Aku nak skip "nominating" tu sebab nak tulis "7 things about yourself" dulu k. Kat bawah baru nominate.


1. Librocubicularist (a person who reads in bed)
Aku tak tau kenapa tapi aku dah cuba jadi macam student dalam TV yang baca buku kat taman la, tasik la dalam tren la. Aku tetap tak selesa. Aku dah cuba baca buku dalam keadaan duduk kat ruang tamu pun still tak boleh. Tak kira la baca nota atau novel. --

Tapi ada baca yang tulis librocubicularist ni orang yang tak boleh tidur tanpa buku. Aku tak sampai tahap tu kot. Cuma baca atas katil je hahahah. Lebih suka baring atau meniarap bila baca buku sebenarnya. XD --Style suka bela perut gini la dio.


2.Sarcasm switch rosak
"Oi aku perli kau la" said by my sister, Nad.
"Tu aku perli la" said by Apis.

Banyak kali dah aku selalu dapat macam ni sebab aku memang tak boleh detect perli. Kalau nak cakap, please cakap direct ye. "Cantik tulisan kau" kata Yunus, adik aku. "Eh? Ye ke? Ni cuma tulisan malas je" Kata aku merendah diri. "Aku perli kau la dol" "Oh! ye ke?"-- This thing really happen k. (And tulisan aku memang buruk pun HAHAHA)

Sampaikan Apis said "Eh kau ni memang innocent ke pura-pura tak tau?" Seriously, aku memang tak tau dia tengah perli *garu kepala*

"Kampung kau kat mana?" 
"Belah ibu kat Tanjung Karang. Belah ayah kat Sepang"
"Eh! Dekatnya" 
*5 minit terdiam*
"Lily, err... Tu kau tengah perli ke kau cakap betul?"
"Eh aku cakap betul la. Ingat aku tengah perli ke?"

(Tiba-tiba jadi sedikit aware bila orang cakap. 5 minit tau aku fikir yang dia tengah perli ke cakap betul. Konfius sangat T^T Cerita bab ni sampai esok pun tak habis weh)


3. Invisible in class
Ni cerita masa aku secondary school. Zaman primary school tu masih visible. When puberty hits me, things change. When i was in form 1 until form 4, aku tak ramai kawan.(form 5 takde problem sebab dah stay setahun dengan class form 4 kan, setahun ialah tempoh untuk aku get comfortable)

Kalau orang lain ramai kawan, tapi aku stick dengan 1-2 orang untuk satu-satu masa. Sebab dulu aku amik masa 1 tahun untuk get comfortable with people. (Kelas aku pulak asyik tukar-tukar, anjak kedepan kononya pandai sangat)

Terkejut masa form 5;
"Dulu masa form 1 aku 1 Dedikasi"
"Eh kau pun 1 Dedikasi ke Ajan? Apesal aku tak perasan kau?"

Every year, aku duduk belakang dan jauh dari geng budak perempuan melayu. And since takde kawan dalam kelas aku selalu ketinggalan news contohnya aku selalu terlambat pergi makmal / bilik seni sebab tak tau tsk tsk--

Aku ada kawan cuma bukan rapat sangat la takat pinjam pen (bukan kawan yg buat cerita problem, cuz i have none). Aku pulak jenis awkward 24/7, padan muka. Kalau cikgu suruh buat group, orang lain semua dok cari kawan, aku pulak cuma duduk tunggu orang pilih aku (itu pun kalau ada)

Cuba tanya student yang satu kelas dengan aku kat U, mesti dyorang tak perasan aku punya. HAHAHAHa


4. I can't get closer with people i like
Masa secondary school jugak. Ni macam crush la. Semua crush aku type yang aku tengok dari jauh. Kalau dekat, sistem badan aku macam automatically shut down

Teringat masa form 3 kena buat ujian lisan bahasa melayu kat depan kelas. Boleh pulak crush aku duduk depan sekali. Apa benda semua yang aku nak cakap semua tersekat kat kerongkong. Class semua dah pandang, tangan aku pulak dah sejuk. Sampai cikgu kata "Okay Hafzhan, tarik nafas dan cuba sekali lagi" --Result still sama. (Masa tu kalau ada orang halau crush aku keluar kelas, aku berterima kasih sangat). Aku tak buat ujian lisan masa form 3, serious.

Ada satu hari ni aku buli kawan aku naik tangga (since stamina dia agak lemah, naik tangga lambat. Aku dah lari sampai atas) Lepas pandang bawah dan gelak, aku nak teruskan lari naik atas and *badan dah shut down* --Almost langgar crush aku. Aku terus jadi patung, and im not even breathing. Bila dia dah turun sampai aku tak dengar suara dia baru aku jadi normal balik.

Kau bayangkan masa tu dia cuma satu anak tangga atas aku dan benda pertama aku nampak cuma nametag dia dan lencana sekolah dalam jarak dekat. Macam cerita kartun je. Tapi betul weh T^T --Ni pun kalau cerita sampai esok tak habis. Aku punya badan selalu sangat shut down automatically masa tu.


5. Food is precious
Aku tulis macam tu sebab aku ni jenis yang kena habiskan makanan sampai licin. Kau akan tau struggle makan bila adik-beradik kau 5 orang dan masing-masing dalam tahap nak membesar. Dulu kat rumah kalau ada biskut atau hotdog atau nugget (Makanan ringan la senang citer), makanan tu boleh habis in less a week-- Dan tak boleh simpan makanan dalam peti sejuk sebab senang lesap.

Setiap kali makan nasi pun mesti habis sampai licin pinggan walaupun dah kenyang ataupun tak suka makanan tu "membazir amalan syaitan".

Until now, aku menyesal betul kalau terambil nasi banyak sebab nak habiskan memang seksa dan kalau tak habiskan kena seksa haha --Aku hairan macam mana budak zaman sekarang boleh tinggal je makanan bila dah kenyang. Tak rasa bersalah ke? Kalau kenyang, kenapa ambil banyak?

Suatu hari dengan Nad;
"Akak aku dah kenyang la. Tak boleh nak habis"
"Ah takde. Baik kau habiskan. Kalau tak lepas ni aku tak nak belanja kau makan"
"Bungkus boleh tak?"
"Gile ke. Dah sikit macam ni nak bungkus? Bungkus dalam perut kau cepat"

Aku belanja dia makan Kenny Rogers. Mana tak kenyang, banyak kot. Tapi nak buat macam mana. Kalau aku dah verified "habis makan" baru boleh bangun. --Lepas tu jalan macam nenek nenek sikit sebab full hahaha


6.Easy to approach on internet
Kalau in real world aku selalu awkward 24/7, aku lain dalam internet. Aku boleh selamba dek je tegur orang dalam internet macam dah lama kenal. (Aku harap orang yang kena tegur tu tak rasa pelik pls)

Selepas habis matrik, aku baru follow twitter classmate-classmate aku. Aku tegur salah sorang classmate aku yang aku jarang cakap dengan dia sepanjang setahun tu (Err almost tak pernah bercakap sebenarnya). So dia;

"Eh Ajan."
"Ha kenapa?"
"Kat kelas dulu tak pernah bertegur pun. Ni aku follow twitter pun sebab kawan je"

Dan kawan aku yang lain mesti macam "Eh sejak bila kau rapat dengan dia?". Aku senang nak bergaul dengan orang kalau bukan depan-depan. Serious T^T --Tapi malangnya, aku tak reti nak involve dalam group conversation (mute group whatsapp)

Mostly orang akan sangka aku pemalu, guess what lepas kawan dengan aku dyorang semua takkan setuju kalau word "pemalu" tu describe diri aku.


7. Panic rush
Aku tak tahu nak bagi nama apa untuk describe sifat aku yang satu ni. Sebenarnya, aku tak boleh rush atau kelam kabut dan aku tak boleh panik. Sekali dah kena salah satu, habis la. So kalau pergi kelas awal 1 jam pun aku sanggup (Tak nak kelam kabut) --Aku bab masa ni, jangan kata la weh

Kalau aku panik, benda yang aku buat semua macam tak kena. Kelam kabut macam hape. Contoh kalau pi kelas kelam kabut nanti ada la benda tertinggal la (pernah juga sampai terlupa pakai deodorant. er kbai)

Contoh terdekat, kalau korang ada ternampak entry Mini Merdeka GA teaser (dah delete) dulu. Tu aku tengah panik tahap cipan. Boleh masa tulis tak rasa apa-apa. Bila dah publish, baru perasan yang aku dah bagitau hadiah utama GA and paling penting... NAMA GA TU.

Aku terus tak senang duduk dah. Tau tak macam mana orang yang dah tak boleh nak fikir apa nak buat, panik and kelam kabut semua. Risau Apis marah je (Aku dah reveal banyak kot tsk tsk spoil gila)

"Oi relax la. Aku bukan nak makan kau pun."

Then lepas 10 minit baru boleh fikir normal balik. Instead of edit entry tu, aku delete terus. Dan masa aku nak delete entry yang terlebih bagitau rahsia, aku terdelete the real entry Mini Merdeka GA yang patutnya publish 25hb tu. --Terus PANIK balik  (face palm)




  1. http://maizurazulkeflee.blogspot.com/
  2. http://nenekshinchan.blogspot.com/
  3. http://thefoodchewer.blogspot.com/
  4. http://smilingsafieqa.blogspot.com/
  5. http://isaygoodbyee.blogspot.com/
  6. http://amijacuwada.blogspot.com
  7. http://norshamimi.blogspot.com/ 
  8. http://nurainahanis.blogspot.com/ 
  9. http://mizzikastories.blogspot.com/ 
  10. http://in-finitedream.blogspot.com/ 
  11. http://iwantsuccess93.blogspot.com/ 
  12. http://bloomysloomy.blogspot.com/ 
  13. http://zambo-zell.blogspot.com/ 
  14. http://shujimmy.blogspot.com/ 
  15. http://nasilemakkimchi.blogspot.com/ 

Untuk yang kena tag, awal awal aku nak mintak maap sebab menyusahkan korang luls. Ampun pak. Dan aku rasa ini entry aku yang terpanjang sepanjang tahun ni. //Tahniah Ajan//

9 comments:

  1. Hye! Saya org pertama yg komen atau...

    Hehe. Ajan. Nice to know u. Sweet banget dong. Meh sy jd kawan awak. Mmg seswai la kita kawan dua sb sy pn hanya kenal alien saje. Xknal manusia.Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mana tang sweet tu pulak? Ha percaya kan? Miss Fatyn punya fact tu macam 100% kena kot!

      Delete
  2. hahaha, kite kena tag. okay part crush tu akak comell gilos. ahaha. imagine akak macam macam dalam cerita anime dengan muka merah. XD

    Haha, ada kawan yang jenis senyap je dalam kelas. bila nak habis tahun,, oh kau ada dalam kelas ke? Hahaha. T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol part crush tu bila pikir balik memang comel. Tapi sebenarnya nak gugoq jantung ni ha.

      Yeap, akak la that kind of friend yang senyap je dalam kelas. Tapi akak more to jauh dengan geng perempuan melayu. So akak kawan dengan india perempuan, lelaki chinese (ni lebih kepada pertarungan markah ujian math haha). Tapi kalau kawan dengan deme pun, of course la deme nak duk dalam group deme kan?

      Delete
  3. Haha kelakau ke? XD Tapi akak memang susah nak detect perli atau ayat yang terlampau berlapik lapik tsk tsk. And part panik tu pun, yea.... sampai sekarang T^T

    Omg kita geng penyenyap seppp and.. yea masa kat tangga tu otak blank tsk tsk

    ReplyDelete
  4. Haha kekadang takleh detect juga kalau orang dok perli ke.. macam.. buat innocent ja.. tapi kalau cakap "eh aku tengah perli la" Owh.. tau.. saja je.. *dengan muka selamba* (tapi sebenarnya tengah cover malu) xD

    Masa sekolah rendah cuba jadi invisible dalam kelas tapi tak jadi sebab selalu kena buli T.T Masuk sekolah menengah beranikan diri huhahuha dengan kawan.. huh.. nasib baik semua orang friendly..

    Pasal makanan tu kita sama la.. haha.. Ingat lagi taun lepas masa pergi Genting makanan banyak sangat sampai satu bilik 4 orang bertapa makan.. last2 semua orang takleh bernafas.. tiga-tiga dah tidur, Yun Sing sorang makan.. sampai terketaq2 tumpah sini sana dan akhirnya tidur dengan makanan hahaha esoknya semua pakat cakap "kan dah kata takyah makan dah" haha

    Haha pasal internet tu lagi la!! Kalau realiti cakap macam ni dah gagap haha.. alamak2 nasi lemak dah tertaip satu karangan haha.. eksited kejap =,="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg seriously. Hokeh kita geng!

      [Haha pasal internet tu lagi la!! Kalau realiti cakap macam ni dah gagap haha.. alamak2 nasi lemak dah tertaip satu karangan haha.. eksited kejap =,="] --lol that. Tak pe paham. Kite dalam internet memang ramah gilakan? XD

      Delete