Tips memakai mascara untuk beginner

11 August 2014


Assalamualaikum,

Cantikkan tengok bulu mata orang lain panjang dan lebat? Jangan tipu kalau korang pernah cuba pakai mascara tapi hasil dia tak macam yang kita nakkan –Sebab aku pun antara girl girl yang agak failed pakai mascara HAHA

Sebenarnya nak pakai mascara ni ada cara dia. Kalau pakai bedal je pakai macam aku ni, dapat la bulu mata “lebat”dengan ketulan yang menjengkelkan. Berat je rasa nak buka kelopak mata tu kan? –Bukti failed pakai mascara, pengalaman sendiri woo

Okay now aku nak kongsikan tutorial pakai mascara untuk beginners dengan betul. Jangan ingat pakai shawl je ada tutorial.

Barang yang diperlukan: Penyepit, alat bantu (mascara guard), mascara base dan mascara.


1. Gunakan penyepit dan alat bantu
Gunakan penjepit terlebih dahulu untuk melentikkan bulu mata. Hati-hati pakai. Jangan sepit kelopak mata udah. Untuk langkah seterusnya, gunakan alat bantu (mascara guard) supaya nampak lebih kemas. Dua benda ni boleh dapat kat mana-mana kedai kosmetik tau.


2. Sapukan mascara base (warna putih)

Dengan menggunakan alat bantu tadi, sapukan mascara base (warna putih) pada bulu mata.


3. Gunakan mascara (warna hitam)

Akhir sekali, gunakan maskara (hitam) ke atas bulu mata dengan menyapu secara zig-zag. Dah siap!




Lagi best kalau ikut tutorial diatas dengan menggunakan mascara daripada jenama terbaik. Mesti lagi umphhh! *Kelip mata secara slow motion* --Menggoda bak hang mata I. Hahaha

Kalau nak dapatkan mascara berjenama dengan harga berpatutan, boleh layari laman web ZALORA Malaysia. Macam-macam ada. Kalau tak percaya usha la mascara kat sana.

16 comments:

  1. nice!

    #teringat pulak dulu pakai penyepit lentikkan mata.. pakai yg murah punya.. nak test knunnya. sekali bulumata terpotong sekalii.. pehh sedihh btll..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak haih sampai terpotong. Sedih gila. Hehe. Kite dulu tersepit kelopak mata. Sakit woo T^T

      Delete
    2. hahahaha kan? penah jugak tsepit kelopak mata.. pehh memang pedih la kan.. hikhik

      Delete
  2. T_T dayah pun fail pakai mascara..ada saja jer..x penah pakai sbb penah pakai then ketul2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan?! Ketul-ketul. Same la kite ni. Paham perasaan dayah. Pasni boleh cuba tips ni. Mesti tak berketul dah XD

      Delete
  3. sy paling takut pakai eyeliner..mata berairr..itu konpem!huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha memang ada sesetegah org cemtu kot (pernah makeupkan kawan. habis mata dia berair merah T^T). Pakai mascara terer tak ni? ha ha

      Delete
  4. Tak pernah pakai mascara. Takutlah nak pakai penyepit bulu mata tu, takut tercabut semua bulu mata ._.

    ReplyDelete
  5. wahhh xpayah guna bulu mata palsu,,, hehehe,, tu lah farra dok guna mascara x pernah lentik pon bulu mata,,

    ReplyDelete
  6. dulu b4 kawen prnah la pki...da lame x pakai....hehe...blh blajar blk nak pki...;)

    ReplyDelete
  7. Tak penah make up or guna mascara ni.. tak suka la, skrg pun g memana memang x penah pakai bedak juz krim muka je..heee :D

    ReplyDelete
  8. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. nice sharing sis! jemput singgah..

    http://ariescape.blogspot.com/2014/08/tips-berpakaian-mengikut-tema-warna.html

    ReplyDelete
  10. ummi ana mak andam . selalu gakk pakai camtu .. tapi alat bantuan tu xpakai. hehe. ana pun selalu main dengan maskara tapi xpakai pun masa keluar.

    ReplyDelete