Book date raya

07 August 2014


Assalamualaikum,

Ceh tajuk tu cam acah-acah je. Sebenarnya aku tak beraya pun tahun ni. I mean pergi rumah kawan-kawan semua tu. Sebab cuti tak sama, sorang kat sana, sorang kat sini. Lagi satu sebab best-best-friend aku accident so, dia masih belum recover. Tak dapat la nak raya macam tahun lepas.

Tahun lepas dapat raya konvoi sebab belum masuk U lagi masa tu. Masing-masing tunggu panggilan. To be very honest, last year adalah first time kawan aku raya datang rumah sejak aku sekolah menengah. Well im not good in making friends kan? Padan muka la. I appreciate them yang datang *tsk tsk terharu*


Ini la kawan yang teman aku raya ni. Seronok aku borong buku-buku ni. Since i don't really like love-story-kind of book, i choose this. Pakai ambil je, tak payah baca sinopsis pun tak apa sebab confirm la bukan cerita cinta ye dak?

Ni adik aku punya kerja la. Baucar buku dia RM200 tu dia balun kasi habis. Jadi jumlah buku fixi kat rumah aku dah jadi 33 termasuk 2 fixi verso dan 1 fixi novo. Terfaktab ada 1 buah, Lejen ada 3 buah, dan sebuah buku dari dubook press.

Dont misunderstand, memang dari kecik lagi aku memang suka kumpul dan baca buku (strike 'baca' sebab bila dah kenal komik, payah nak mula balik HAHAHA)

Masa form 1, aku adalah budak yg lepak kat library masa rehat-- sebab makan sorang-sorang kang orang pandang dengan simpati. So baik baca buku je (aku baca fiksyen je pun). Sebab tu jadi rakan nilam. Tapi stop lepas form 3 sebab malas dah nak tulis sinopsis HAHAHA --Benda paling leceh sebenarnya.

Okay stop zaman sekolah. Aku dah habis baca Kacau by Ariff Adly, Gantung by Nadia Khan dan Suspek by Inawza Yusof. Gila ko tak best baik try baca! Now Siong by M. Faiz Syahmi and Neesa Jamal in progress. --Aku tak tulis review buku sebab aku dah stop jadi rakan nilam. Remember? Hahaha



P/S: Aku perasan cover buku Nadia Khan ni mesti terbalik. Kelabu dan Gantung. Ada jugak masanya aku sendiri terpedaya dengan cover tu *pegang buku terbalik*

10 comments:

  1. dah lama x baca novel2 ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dah pernah baca la sebelum ni? Ha best kan?

      Delete
  2. buku fixi seriesly terbaik. all time favourite, gantung dan asrama :D tp entah kenapa baca ending gantung, rasa sedih. konfius la, samada author dia nak highlightkan rasa sedih ke gembira eh? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gantung dan Asrama feberet? Oh suka cerita hantu-keliru ni eh hahaha.

      Lol taktau la author dia nak highlight yg mana satu. Tapi kalau dari sudut Ray mungkin gembira, well at least dia dah tak ada rasa bersalah lagi and-- dapat kawan dia balik tapi dlm form lain?

      Delete
  3. Replies
    1. Haha nak pinjam ke? Boleh boleh. Mai datang rumah XD

      Delete
  4. Replies
    1. Haah banyak gila. Ni pun tak sangka jumlah buku ni kat rumah dah banyak macam ni T^T

      Delete