Kisah terapi lubang hidung

09 August 2014


Assalamualaikum,

Okay entry yang ni pelik sikit. Aku tak tahu kenapa kalau karang entry dalam ms word aku mula menulis macam novel. Aku sendiri pun tak tahu. Heran, kalau terus tulis kat blog takde pulak ayat mengarang novel. Apa-apa pun ini alkisahnya. (Eh korang jangan gelak bila baca penceritaan aku pulak. Serious tak tahu kenapa jadi macam tu)


---------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari dikampung, terdengar paksu aku minta ubat sakit kepala daripada nenek.  Isteri dia pening katanya. Terasa yakin apa yang aku pernah baca tentang terapi lubang hidung di internet mungkin dapat membantu, lantas aku “Cuba tekan lubang hidung sebelah kanan 5 minit. Nafas guna lubang hidung sebelah kiri je”.  Paksu mengerutkan dahi “Boleh ke?”.

Dari jauh nampak isteri paksu, Cik Zura (Dia agak muda lagi. Tak best la kalau panggil makcik). Mungkin dia terdengar apa yang aku kata tadi. Dia pandang suaminya, seperti meminta kepastian. Paksu menganguk.  Jari telunjuk Cik Zura perlahan digerakkan ke lubang hidung sebelah kanan dan menuntupnya. Keraguan jelas diwajahnya namun diketepikan. Aku hanya memerhatikan dengan penuh rasa ingin tahu.


Lima minit berlalu. Jari dilepaskan. Wajahnya sukar untuk aku baca. Berjaya ke? Dia menarik nafas sebelum memberitahu “Tak jadi apa-apa pun” dengan nada yang sedikit kesal sekali gus membuat aku hampir tersedak. Tak tahu nak rasa simpati atau bersalah sebab mungkin Cik Zura fikir aku cuba memperbodohkannya. 

"Er benda tu namanya terapi lubang hidung. Salah satu cara untuk hilangkan pening kepala tanpa panadol. Betul ada! Baca kat internet" laju aku menjelaskan sambil tersenyum kambing kerana cuba menjelaskan benda yg hampir mengarut dengan harapan Cik zura tahu aku tak tipu. --




Okay habis. Aku tak tahu kenapa tak jadi. Aku tak penah cuba pun terapi ni sebab aku jarang sakit kepala. Mungkin seba tak cukup 5 minit kot. Ataupun mungkin terapi ni tak dapat kesan dalam jangka masa terdekat.

Aku tak menafikan kebolehan terapi ni. Mungkin aku ada salah baca atau tak habis baca atau apa-apa lah kemungkinan kecuaian yang aku buat. Kalau korang nak tau, boleh google sendiri pasal terapi ni hew hew. Tapi kalau korang buat dan menjadi, ce citer sikit haha.


2 comments:

  1. Err. tak pernah terbaca pulak pasal terapi lubang hidung. Mungkin boleh cuba nanti :D

    ReplyDelete