Ini lah dia entry yang aku akan share video assignment yang di-inspire oleh this one blogger. Okay tak nak cerita. Yang tu boleh baca kat (sini)
Video tu aku dah edit jadi macam trailer sikit. Jangan nak letak expectation tinggi sangat. Aku ambil Mandarin level 1 je. So tak banyak sangat perkataan boleh pakai. Dan yang sebenarnya, mostly kawan aku yang tengok semua garu kepala hadam video kitorang --Zedey gila mesej tak sampai.
So before that, pardon our acting skills, pardon or mandarin pronounciation, pardon or mandarin translation, pardon our mandarin sentences. --Kalau rasa ada salah tu tegur je okay. Siapa tegur aku berlakon kelakar, aku gigit.
Sinopsis:
Hafzhan dan Haliah bertemu setelah beberapa tahun tidak berjumpa kerana Hafzhan melanjutkan pelajarannya di luar negara. Masing-masing menceritakan pengalaman bertemu dengan kawan baru bernama Nadia yang baru dikenali sejak 2 bulan lepas.
Selepas Haliah menceritakan bagaimana dia berkenalan dengan Nadia, Hafzhan terkejut kerana dia juga berkenalan dengan seseorang yang bernama Nadia pada 2 bulan lepas. Anehnya, cara mereka berkenalan adalah hampir serupa. Cuma yang membezakan, tempat mereka berkenalan.
Kedua-dua mereka menunjukkan gambar bersama Nadia di telefon bimbit masing-masing. Positif dalam kedua-dua gambar adalah Nadia yang sama. Adakah ini kebetulan? Siapa Nadia?
Perkenalan antara Hafzhan-Nadia dan Haliah-Nadia ni aku buat dalam bentuk flashback. Konon-konon gitu hahaha. --Sedih sebab semua orang tak faham. Harap je laoshi (read: teacher) paham cerita kitorang ni.
So dalam actual video sebenarnya nak buat cerita macam kat atas. Yang buat orang keliru bila aku lupa tambah satu scene orang ramai pandang Hafzhan dan Haliah masa dorang berbual dengan Nadia. Nadia is actually can't be seen by anybody else except Hafzhan and Haliah. So dorang cakap sorang-sorang sebenarnya --Padan muka buat kerja last minute, tak sempat nak betulkan.
Dan sebenarnya aku dah ada jalan cerita kenapa Nadia pilih Hafzhan dan Haliah. Kenapa mesti 2 bulan lepas dan siapa Nadia tu sebenarnya. Tapi nak rangka skrip tu macam leceh sikit sebab tak banyak perkataan aku belajar dalam mandarin level 1 ni. Basic je semua. --Eleh baru buat yang ni je ada scene tertinggal. Eleh ajan.
Aku dapat idea ni pun sebab baca entry rombongan sekolah. Thanks for the ((inspiration))! Actually nak buat genre thriller tapi forbidden bebeh. Ni assignment hahaha.
Well at least idea ni muncul. So takde la aku susah-susah buat movie pasal kucing. Aku ingat nak buat kucing aku berlakon. Tapi i bet mesti susah gila nak bagi dorang pandang kamera. --Weh kantoi la aku bela kucing kat bilik. Em 4 ekor termasuk mak dia okbai.
Untung awak dapat belajar bahasa mandarin. Saya yang dah lama teringin belum berkesempatan untuk belajar bahasa mandarin.
ReplyDeleteBoleh belajar dari mana-mana. Kat youtube banyak cikgu mandarin. Nak belajar bahasa lain pun boleh. Ni ambil pun sebab nak tau basic je. Takde la blur bila dengar chinese berbual.
Deletehahahaha dia ni lawak sesungguhnya. ok baru paham fully :p
ReplyDeletehihihih tp serious dh agk nadia tu hantu ahahaha nice editing ajan! <3 pls keep inspiring hihihi
Hahaha mana weh lawaknya? Kau ni suka la cakap aku lawak hahaha.
DeleteWow good. Dah syak Nadia tu hantu. Masa ni props kurang. Like, i dont have makeup pun nak bagi muka Nadia tu pucat and dark circle. ((Eh im not sure la. Macam more to malas je hahaha))
Hahaha thank you :DD
yg last tu seram. hahahha. :D
ReplyDeletemacam menarik je nie, taksabar nak tengok full punya. best sangat sebab dapat belajar bahasa mandarin, BV pun nak belajar bahasa nie tapi belum berkesempatan T^T
Ala BV sorry. Tak boleh nak reveal video assignment. Lagipun video full dia bosan sebenarnya hahaha.
DeleteYea best bila belajar bahasa asing ni. Takpe BV nanti ada la tu peluang nak belajar :))
Ajan study kat mana?
ReplyDeletewahh. baru level 1 dah boleh buat cerita interesting mcm ni.
nice job, keep up the good work ^_^
Study kay UUM :D Thanks haha
Deletelol kak ajan. hahahhahahaa. nice editing lh aakk. nadia tu hantuu ehh. asal lawa hantunya. k. hehe. kak ajan boleh ganti nora danish dah. yehehehe
ReplyDeleteHaha thankyou :)
DeleteYes, Nadia tu hantunya. Hantu Malaysia mesti la cantik-cantik hahaha. Wei akak berlakon macam tak berapa jadi je. Nak gantikan Nora Danish tu jangan harap la haahabaha
shawal datang singgah + follow sini.. :)
ReplyDeletejemput join GA Shawal ^^
http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html
Sinopsis banyak hen hau(Y) *betul ke ni*đŸ˜‚đŸ˜‚
ReplyDeletenak tgk tapi tk loading pulak sbb tenet slow! nnt dah tgk, nak komen banyak banyak :p
Hahaha hen hao. Takpe yg penting paham. Video tu pendek. Tak sampai seminit pun. Silakan tengok ;D
Delete