Inikah Cinta

01 February 2016


Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama gila tak update entry. Padahal entry yang latest one tu 28 January 2016. Baru je 5 hari kan? Ok ok lama. Lepas tu aku macam slow sikit nak blog walking ni. Maafkan saya T^T


So lewat petang semalam, presiden kelab aku hantar ni dalam whatsapp group dengan ayat;

"Saksikan drama terbitan Universiti Utara Malaysia 'Inikah Cinta' di TV3 bermula hari ini pada jam 7PM. 90% penggambaran dalam kampus."

Yes kalau korang tak pernah masuk UUM, korang boleh la tengok cerita tu huhu (Sempat promote U sendiri). Tapi tak payah la susah-susah nak cari aku sebab aku memang tak ada pun dalam tu. Aku sendiri tak pernah terserempak masa dorang shooting. --Cuma sekali tu sebab dorang shoot kat kafe kolej kediaman aku.

Kajian mengatakan 90% pelajar menemui jodoh di Universiti, admin termasuk dalam golongan 10%, anda pula...
Posted by Inikah Cinta on Saturday, January 30, 2016

Based on posting page ni, aku dalam kalangan 10% tu okay. Bila entah nak ada scene terlanggar mamat hensem dan kertas bertaburan tu. Scene kena lari dari monyet dan jatuh tangga tu selalu la hahaha. #CeritaDongengUniversiti

I should have post this thing sebelum episod pertama keluar kan? Ei apa la aku ni. Dah korang jangan terlepas episod kedua.

Yes masa makan kat kafe, i met (sorry bukan "met" tapi "saw" je) that Nizam Zaidi pastu kawan aku kata "Ha tu la pelakon dia". Dalam hati aku "La pelakon ke. Patut la good looking. Baru nak jadikan crush, takpe lah bye" --Kawan aku je pernah tangkap gambar dengan dia. Aku? Tangkap gambar dengan crush matrik pun tangan dah genggam baju. Nak aku pengsan ke apa?

P/S: Sorry takde audition pun sebenarnya lol

16 comments:

  1. Haha saya pon golongan 10% tu . haha setakat ni pernah langgar ngan minah cantik kat U . kalau langgar pon "at least" sekejap dengan ayat "Oh sorry about that , it's my fault . Are you okay?" die ckp "it's okay , I'm in rush . It's my fault as well . Let me help you" lepas tu berlalu pergi tak pernah pon kalau jumpe dgn "Have we met before?" nope kalau nampak kat cafe pon . Tengok sekali imbas and then buat hal sendiri. haha tapi apa2 pon , drama looks unique lah . UUM boleh lah recomend dekat abang sbb die bakal jd lecturer di situ , haha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow at least pernah merasai scene ala-ala drama gittew. Sayangnya sebab tak bertegur dah.

      Omg your brother bakal jadi lecturer kat situ? Wow cool gila. I suppose say congrats la kan? Congrats! Mengajar subject apa and bila start mengajar ni?

      Delete
  2. Ohh.. drama terbitan 'UUM' rupanya..hemmm..good. Kelakarlahh baca entry yang part last-last tuu hehehe.. "tangkap gambar dengan crush pun gengam baju"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa yeas. Nanti tengok k. Hahaha

      Haha part last tu... Its really happen sebab i was sooooo malu nak tangkap gambar tapi kalau tak tangkap gambar sekarang, memang forever takdo. Tu yg sanggup gila. TAPI MALU GILAAAA TSK TSK TSK

      Delete
  3. saya pun golongan 10% tu.. hehhehe. lawak jugak citer ni.. hehe
    suka part Kaza dengan istri..kelakau...hikhik

    ReplyDelete
  4. x Pandai b'lakon TT TT, masa drama kat sklh pun jadi narrator ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa takpe la. Sama. Masa ada teater kat sekolah, saya cuma jaga muzik je hahahahahaha

      Delete
  5. BV tidak lain tidak bukan golongan jugak adalah golongan 10% itu. hahahhaa. ala, napa tak audition? manatau boleh jadik pelakon. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA jadi pelakon? Maybe cuma boleh berlakon jadi pokok je rasanya. Dok ah muka cemni berlakon.

      Delete
  6. HAHAHAHA! Me toooo in that 10% hiks. Haihhh bila la nk langgar brothers dkt uia ni hahahahahahahahahaha mampus qila nnt haaha! Anyway, dia mmg encem hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe qila. Ada masa lagi. Mana tau versi qila nanti serupa dlm drama. Terlangar mamat hensem, amak dato pulak tu. Fuhhh

      Hensem kan? Tapi spoil la pelakon. Kalau student, ada lagi chance nak langgar (acah-acah accident) HAHAAHAHAHAHHA

      Ok believe me that will never happen. Sebelum langgar, aku dah pengsan dulu.

      Delete
  7. hampir2 nak jadi yg 90% tu malangnya takde rezeki ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW SERIOUS?! MAKSUDNYA INI BUKAN #CeritaDongengUniversiti SEMATA-MATA?!!

      Haha takde rezeki. Mungkin your reflex tu cepat sangat kot. Baru nak terlanggar kepala dah bagi signal "DANGER DANGERRR".

      Delete