The fault in my name

07 December 2014


Assalamulaikum,

Tajuk tu memang acah-acah novel The Fault In Our Star meh.

Aku dah biasa dah nama aku ni disalah faham sebagai lelaki atau salah eja nama. Benda macam ni cuma orang yang ada nama pelik-pelik je tau.

Aku jadi appreciate sikit dekat orang yang ada nama atau ejaan nama yang pelik. Sangat tak cool ok bila ada orang salah eja nama kita. Lagi-lagi untuk formal use. --Aku ingat exactly ejaan nama lecturer aku yang unik-unik ni. Because, if i were them pun mesti la kecik hati student sendiri tak ingat nama dia.

So bawah ni senarai sijil aku yang nama aku salah tulis. Cuba detect mana salah dia. HAHAHAHA

Sijil penamatan amali fardu ain
نور حفظن بن عبدالراؤف

Sijil rakan nilam (gangsa)
Nur Hafzhan B. Abd Rauf

Sijil penyertaan kem nilam
Nur Hafzan Binti Abdul Rauf

Sijil penyertaan kem ibadah
Nur Hafzan Bt Abd Rauf

Sijil penyertaan bengkel "News Paper in Education"
Nur Hafzan Bt Abdul Rauf

Sijil markah matematik tertinggi dalam tingkatan
Nur Hafzan B Abdul Rauf
(Ini kejam. Dah la salah tulis nama lepas tu selamba tulis "bin")

Sijil penyertaan pertandingan teater
Nur Hafzan Bt Abdul Rauf
(Ok yang ni tak boleh dimaafkan sebab yang tulis nama aku ni kawan aku sendiri tapi SALAH)

Sijil pencapaian pengawas SPBT
Nur Hafzan Bt Abdul Rauf

So this is the latest one,




My mum said that my name was suppose to be Hafizah. Tapi disebabkan nurse yang jaga ibu aku tu nama dia Hafizah, tu yang dia tukar jadi Hafzhan. My mum ambil dari buku koleksi nama bayi dan confirm sangat nama aku tu kat bahagian nama perempuan.

"Peduli la orang nak kata apa. Janji nama kau ada maksud."-- Apis, 2014

So, lets start again;
My name is Nur Hafzhan and it means cahaya yang terpelihara. Tell me what is your name suppose to be and what is your name now? What does it mean?




P/S: Guys, kalau susah sebut nama aku, boleh panggil Ajan je. *peace*

17 comments:

  1. sabo je la~ yang penting Allah kenal kita dan nama kita :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tu la. Yang sayangnya sijil-sijil ni la.

      Delete
  3. HAHAHAHHAA.........senang senang panggil ko ajang laaaaa....sijil penamatan fardhu ain tuh aku baca sebagai NUR HAFAZAN......pergghhhh!Qariah sangat namaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam kau ni yang suka buat main nama aku pun aku dah biasa jumpa dah haih

      Delete
  4. hahah. same la kitaa. nama nur izzati ariena. kalau nak ikut sebutan mulut arina. but an ade je yg panggil and tulis salah. ariani lah ape lah. ade ke patut. rase nak cubit je mulut die tuh. hahah. maksud name saya cahaya kekuatanku yang cergas. ^^ btw terbaik la entri kalini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Sangat strong maksud nama tu. Haha biasa la kan, mesti ada je salah tulis nama. Sabo je la XD

      Delete
  5. My problem is exactly like yours but not because people misunderstood me as a boy but because my name is too long. Dalam sijil nama orang salah eja dah macam tak kisah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh? Too long eh? Haha memang tak kisah. Tapi sayang la sijil. Kalau orang lain dok sibuk kumpul sijil, kita pulak "Ala sijil tu nanti mesti salah tulis nama lagi" hahaha

      Delete
  6. normal ja tu kes salah ejaan nama..huhu..nama kita yg senang pun Nor jadi Nur,nama ayah pun kekadng silap,bertabah la..hehehe..sekurang2 nama tu kekal dgn maksud yg baik

    ReplyDelete
  7. hai ajan =)
    kalau aku pulak orang selalu pronounce salah tapi aku tak kisah sgt.

    ReplyDelete
  8. Normal salah eja. Mcm2. Dh bg yg betul pun ttp tulis salah. Xpham.hihi. sabor je la..

    ReplyDelete
  9. Hahahaha kak!! Yang paling tak boleh bla tersilap bin tu :p haha tersedak ina baca... kesian akak.. kalau ina, orang selalu salah panggil, kadang2 jadi, sabarina, sabariah, saberina, haih tak tahu lah sengaja ke apa. biarkan je lah.. maksud nama ina -gadis cahaya penyabar. tp, kalau ina cakap je makna nama ina, then diyorang persoalkan "penyabar ke?" -..- sabar je lah

    ReplyDelete
  10. part jadi bin tu memang takleh blah la hahaha.

    nama saya anis tapi sebab kawan sekelas saya ada nama hanis, depa ingat nama saya hanis jugak. sedih betui.

    tapi sayang lah sijil tu. banyak kot. saya ada satu sijil jadi nurhanis farhana pun rasa macam nak menangis dah.

    ReplyDelete