Liebster Award: rainbowneon

12 February 2015


Asslamualaikum,


Dalam banyak-banyak tag aku aku terima, aku paling suka kena tag kat liebster award ni. Macam kena interview sikit. Terasa acah-acah retis gittew hahahaha.

So, aku scroll down entry Sya (orang yang tag aku ni la). Sampai kat link blog aku, dia tulis "Maaf jebakkan orang dewasa dalam game childish begini akakk". Aku baca terus jatuh kerusi. Sampai hati ko cakap macam tu. Sakit punggung aku. Haha lek lah! Anggap kita sebaya je (Excuse nak jadi muda nih haha).

Again, thanks sebab tag Sya! Baik korang tekan link dia cepat! ---> [http://rainbowneon.blogspot.com/]


Ok kita start sesi temu ramah.

Q: Cuba cerita apa yang best mengenai hidup awak.
A: Tak tau la apa yang best. Yang best pun kalau akak berangan je. Tapi bersyukur sebab akak dikelilingi dengan orang best best. Okay rasa nak peluk semua orang. Aww

Q: Macam mana nak rapatkan semua blogger kat Malaysia?
A: Buat event untuk blogger Malaysia. Nanti boleh jumpa. Pastu.. "Eh ni la adik rainbowneon tu?" "Eh! ni akak blog selalu takde header tu eh?" Pastu main kejar kejar bhahahaha --Biar akak honest, situasi ni tak mungkin berlaku sebab akak punya kelemahan ialah bergaul dengan orang.

Q: Awak suka baca buku mengenai apa?
A: Buat masa ni akak layan buku fixi. Genre buku ni tak tentu. So akak macam blind date dengan buku ni. Baca and tau la rupanya cerita horror, psycho, thriller, action --Pasal akak suka pakai ambil je buku, malas nak baca sinopsis.

Q: Apa yang best tentang sekolah rendah dan sekolah menengah?
A: Sekolah rendah best sebab semua innocent dan adore budak sekolah menengah. Sekolah menengah best sebab rasa dah besar dan adore budak universiti. Tapi budak universiti macam akak adore budak sekolah rendah sebab lepak gila tsk tsk.

Q: Awak rasa awak akan rindu sekolah bila dah tamat SPM nanti?
A: Rindu la weh. Gila ke tak rindu? Tapi tak rindu kena berdiri kat depan kelas masa form 5 sebab markah sejarah sangat teruk huaa

Q: Bagi at least 1 tajuk lagu yang selalu bagi semangat kat awak rasa down.
A: Someday - U-Kiss (ter-kpop pulak haha). Nah baca translation siket.

You get some right, you get some wrong 
Although tiring there will be days to smile 
When you fall down, when you get up 
Although tiring there will be days to smile, 
eventually a day to smile will come 
eventually a day to smile will come

Q: Awak pentingkan education tak untuk future children awak nanti? Kalau ya, apa awak rasa awak patut buat pada umur awak sekarang ni?
A: Weh apa ni soalan susah. Orang dewasa macam akak ni pun tak boleh jawab. Ya, education tu penting. Tapi akak nak serapkan lebih nilai murni kat anak akak (omg kenapa macam mak-mak aku jawab ni). So buat masa ni, akak lebih suka perhatikan budak dan fahamkan psikologi budak-budak.

Q: Adakah blogging satu hobby yang sia-sia atau sebaliknya? Kenapa awak rasa macam tu?
A: Blogging ni tak sia-sia kalau kita share benda yang memberikan manfaat dan kita boleh jana pendapatan pasif ,tau dak? Cuba cerita tang mana yang sia-sia tu? Haha --Akak dah pernah cash out duit blog ni dulu. Now pun dah boleh cash out, tapi sayang. So biar dulu hew hew-- Rasanya blogging antara hobi akak yang paling berguna hahaha

Q: Ceritakan serba-serbi tentang sikap/sifat awak yang awak rasa menarik bagi diri awak!
A: Akak... Orang yang cepat panik, gugup, blurr. Kejap mana sifat menarik aku ni?!

Q: What do you think about rainbowneon? Apa yang patut rainbowneon improve? Apa yang takda dalam rainbowneon dan patut ada? 
A: Hmm rainbowneon. Blog simple tapi comel. Kreatif pulak tu. Akak jeles ah. Okay mungkin Sya boleh tambah part bloglist pastu letak akak dalam bloglist tu HAHAHA (aku ni suka ambil kesempatan betul)


Sya, soalan susah ah. Kata childish. Tak de satu soalan pun yang tanya "Apakah aiskrim feveret korang?" *Nangis*. Haha joke je la. Tapi perah otak jugak la nak jawab hahahaha. Berkarat otak aku masa cuti cenggini.

Boleh tak malas nak reka soalan dan tag orang?  Aku masih belum share lagi kompilasi jawapan orang yang jawab liebster aku sebelum ni. Nanti aku buat eh. Kbai

8 comments:

  1. yaya pun suka kena tag dlm liebster award.. hoho.. tp smpai skrg xpernah jwb soalan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, kenapa tak pernah jawab? Dyorang tak reka soalan eh? Nak jawab kite punya pun boleh. Ada 4 versi soalan. Boleh pilih nak jawab yang mana.

      Sebab dah banyak sangat buat soalan, kepala pun tak boleh fikir dah nak bila soalan lain. Tu yang malas tu.

      http://stupidity-zone.blogspot.com/2014/09/liebster-award-6.html
      http://stupidity-zone.blogspot.com/2014/06/liebster-award-by-ibra.html
      http://stupidity-zone.blogspot.com/2014/06/liebster-award-taggies-again.html
      http://stupidity-zone.blogspot.com/2014/04/liebster-award.html

      Ha nanti dah jawab, share la link. Nak baca jugak hehehe

      Delete
  2. rindu zaman sekolah jugak. Time sekolah tak sabar nak jadi 'dewasa' kononnya tapi bila dah lepas 20 ni rasa nak jadi muda remaja balik

    sobsob

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dan salam singgah... happy CHY... selamat tahun kambing yer

    ReplyDelete
  4. sorry akak, baru baca :(

    haha kelakar akak ni! ok nnt kita jumpa kita main kejar kejar ye hahaha :D (padahal kang jumpak, sya sorok muka dulu hahaha)
    akak, kena bediri depan kelas je ok lg, sya ni banyak experience yg best tau takk, like kena lari padang 10 round time bulan puasa, tp bukan sorgla, sekelas kena hahaha kenangan paling manis lol :)
    dulu sya pun jenis cepat gugup jgk, but then skrg dah berkurg, tp kurg sikit jela lol tp okla drpd dulu gugup entah apa-apa hehe :)

    tq sudi jawab!!! :D

    ReplyDelete