Ujian personaliti diri

31 January 2015


Assalamualaikum,


Aku dapat dari group whatsapp family aku. Dan aku rasa benda ni sangat menarik untuk di-sharekan. Tak pasti kalau korang dah pernah buat. Tapi aku nak tulis jugak. Ok kita mulakan kat bawah.

Anda tinggal bersendirian di rumah dan beberapa masalah terjadi:

1. Telefon berdering
2. Bayi menangis
3. Ketukan di pintu dan seseorang memanggil diluar
4. Kain di ampaian, dan hujan
5. Air di singki masih berpasang dan hampir melimpah keluar

Susunkan permasalahan diatas mengikut keutamaan anda. Saya akan jelaskan personaliti anda mengikut urutan yang anda berikan


Ok sekarang sila ambil masa fikirkan urutan. Jangan scoll kebawah kalau belum siap susun eh.




HA TENGOK APA?



DAH SUSUN KE?



OH NAK MAIN TIPU YE?



JAP JAP MANA JAWAPAN DIA?



ALAMAK HILANG KE?



HAHA GOTCHA! GILA KE HILANG?



DAH READY KE?



OK OK KITA REVEAL JAWAPAN EH.



RILEK. RILEK JANGAN MARAH LAGI.



TARIK NAPAS DULU.



//DRUM ROLLS//



Ujian ini dinamakan Ujian Keutamaan Sigmund Freud. Setiap permasalahan mewakili sesuatu dalam kehidupan harian seseorang.

1. Telefon = Kerjaya
2. Bayi = Keluarga
3. Ketukan pintu = Sahabat
4. Pakaian = Wang ringgit
5. Air melimpah = Cinta dan kasih sayang


So korang jenis yang mengutamakan apa? Aku punya? Nanti aku bagitau. Sebab jawapan aku complicated sikit. Aku rasa jawapan aku ni tak boleh pakai pun. Nanti aku tulis entry lagi satu. HAHAHAHA

11 comments:

  1. BV pilih air sinki. tkt lak kalau sorang2 dgr bayi menangis. wohahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni actually kena susun ikut keutamaan, bukan pilih. Tapi BV dah dapat point utama untuk next entry hahahaha

      Delete
  2. yaya pilih 2&5 . sb kalau rumah kita.ada bby kena utamakan baby tu dlu...smbl dkung baby tu kta g ttp air yg limpah2 ..last skali bru pakaian sb pakaian kalau bsh skali pn .esk blh jmur xpn jmur dalam rumah..hah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha benda ni bukan main pilih, tapi susun. Tapi ok lah tu keutamaan yang dipilih *thumbs up*

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu! Membazir! (sambil senyum dengan penuh makna)

      Delete
  4. kita punya

    2-5-4-3-1

    ikut pendapat kita la..baik ambil baby dlu (*nyawa penting kot..) pastu baru pi tutup air karang bil naik.. pastu baru angkat kain.....
    bla bla bla..
    soo..agak2 kita ni org macam mana ya sis? hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguihnya. Mementingkan keluarga ni baru fikirkan pasal cinta dan kasih sayang, wang ringgit, diikuti kawan dan kerjaya. Nice ah!

      Delete
  5. igtkan yg bayi menangis tu makhluk halus ke apa tu yg letak alst sekali hahhaha maklumlah kalau duk rumah sorg sorg, mmg penakut siket haha :D

    4,5,3,1,2 - teruk tak keluarga paling last? hahaah aiseh

    lg satu letak ampaian yg first sebab takut kena marah dgn mak tak angkat ampaian hahaha ;_;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha serupa la kita oi XD Keluarga dok belakang. Puncanya tu la, penakut hahaha

      Delete
  6. 5 4 2 1 3

    kalau ikutkan nak tutup air tu kejap je. pestu takkan nak angkat baby tu pestu pegi angkat kain. nnt baby tu kena hujan la hahaha
    tepon tu call back je la ape susah.
    dan org ketuk tu igt salesman ke ape so ignore pon boleh hahaha

    ni la org fikir byk sangat >_<

    ReplyDelete