Semalam sempat pergi ke Suci by Yatt Hamzah Shah Alam opening. Tak plan pun, tiba-tiba kawan ajak. Memandangkan tak buat apa-apa masa cuti ni, pergi je la.
Instagram: @SucibyYattHamzah
100 orang pertama yang datang semalam akan dapat goodie bag yang bernilai almost RM250 dan sempena pembukaan di Shah Alam juga harga jubah, shawl, blouse, handsock, palazo diturunkan jauh dari harga sebenar.
Jadi semalam butik tu sangat pack dengan orang. Perempuan dengan harga runtuh memang tak dapat dipisahkan. Ada juga yang ambil kesempatan untuk bergambar dengan (Kak/Cik/Makcik weh aku tak tau nak pakai apa supaya nampak tak kurang ajo tsk tsk) Yatt.
Rasa maca baru shopping sakan dengan bag bag ni
Korang mesti nak tau apa yang ada dalam bag ni kan? Ni nak tunjuk la ni. Bagi jeles sikit yang tak dapat datang tu. Jangan marah hahaha.
1. Suci by Yatt Hamzah
2. Felina Beauty
3. Acida
4. Seqy Beauty
5. D'herbs
6. Galeri Ilmu
7. Natasha Malek
8. Eman coco
Okay thats all. Kalau nak tau lebih lanjut boleh lawat instagram @SucibyYattHamzah
Seronok dapat GoodieBag ada barang2 best... Yatt Hamzah, lama tak dengar cerita dia :)
ReplyDeleteBetul. Best semua barang dalam goodie bag dia. Selain butik ni, dia ada buka kelas usrah jugak sekarang ni :)
Deletedapat goodie bag ke? hehe :D
ReplyDeletebestnyer.
Haah dapat goodie bag. Semua gambar kat atas tu goodie bag yang dia bagi hehe
Deletetu dapat kalau dah beli ke atau masuk masuk je dapat tu? banyak giler kalau sampai RM250 tu...
ReplyDeleteMasuk-masuk je terus dapat. Jumlah nilai barang-barang tu yang almost RM250 (katanya). Kan banyak tu barang dia bagi haha
Delete