Memori botol air bersiri

08 May 2014


Assalamualaikum,

Tu bukan hilang. Tu kecuaian kau sendiri.-- Mas Atyka, 2014

Ceh ayat tak boleh blah nak acah-acah quote.

Okay alkisahnya begini. Aku terserempak dengan Mas masa nak pergi kelas dalam bas. Dia nampak botol air aku. Maka dengan itu, keluar la perbualan ni.

Mas: Cantik botol air kau. Aku nak cari warna lain tapi tak jumpa.
Aku: Oh ye ke? Ni mak aku yang pilih. Dia yang belikan. (Bangga aa ibu pilih, aku yang dapat pujian) Kalau kau nak tau ni sebenarnya botol keempat aku. Yang lain hilang.


Botol pertama aku sebenarnya botol yang aku guna masa kat matrik dulu. Comel k botol pertama ni. Ada gambar kartun hew hew hew. Tapi hilang sebab tertinggal dalam kelas statistic sebab nak keluar kelas cepat. (Dah pukul 5 petang. Sape tak nak balik awal ye dak?)



Botol kedua aku ialah botol air besar yang boleh isi 2 liter air. Ada tali yang boleh buat sangkut kat tangan. Tapi hilang sebab tertinggal dalam bas. Aku kelam kabut nak keluar dari seat sebab kena tukar bas.


(Gambar: Lebih kurang sama dengan botol pertama cuma lebih kecil)
Botol ketiga aku, aku beli yang cikai lagipun murah je. Boleh isi cuma 700mL. Yang ni tak boleh sangkut kat pergelangan tangan, cuma boleh pegang penyambung penutup botol dengan badan botol tu je. Tapi hilang sebab tertinggal dalam kereta sewa lepas penat balik dari Hutan Lipur Puncak Janing. Lupa nak ambil. Aku yang drive pergi balik, ponat tak terkata la.



Botol keempat yang currently aku pakai ni la yang ibu aku belikan. Cuma 1500mL tapi tali panjang woo. Ibu kata "Ha ibu dah belikan yang tali panjang. Boleh sangkut kat leher. Takde la hilang nanti," --2 minit aku sangkut kat leher, kawan aku dah gelak sampai kering gusi. Cemana ni?


Lepas je si Mas ni dengar cerita botol aku, dia senyum, "Itu bukan hilang. Kau yang cuai sendiri".


Ingat senang ke nak jadi orang yang kelam kabut macam aku ni? Bersyukur bila bangun tidur semua anggota badan melekat lagi. Cuba kalau kena pasang sendiri, boleh jadi satu hari lupa bawa hidung and satu hari lupa bawa otak. Omoo

P/S: Kadang-kadang kalau aku malas nak pegang memang aku sangkut kat leher. Nampak macam budak budak tadika. Tapi versi tua dan besar gedabak. Hmm

P/S1: Ohsem tak? Baru 2 sem duduk kat U dah hilang 3 botol. Okay kita tunggu sampai aku grad.

P/S2: Matrik dulu pun aku pernah tertinggal botol air dalam lecturer hall. Tak hilang. Cuma dia letak kat meja lecturer. Memang mencabar keberanian aku nak ambil botol tu kat depan sambil menahan malu. Classmate tak habis-habis cakap "Eh Ajan! Tu bukan botol kau ke kat depan tu?" "SHH!! Jangan la cakap kuat-kuat." (result: aku berjaya ambil tanpa org lain sedar. Amacam? Power tak?)

10 comments:

  1. Syazwani Yazid: Lol tak comel. Lagi lagi part pakai botol kat leher tu. Sangat tak boleh blah XD

    ReplyDelete
  2. aigoooo... so cute pakai botol air kat leher macam budak tadika kn? heehheee

    ReplyDelete
  3. hai, akak tag nurhafzhan utk liebster award, kalau sudi jawab yer ^^

    http://kalishabanyakcakap.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-saling-berkenalan.html

    ReplyDelete
  4. Kalisha Aide: oh okay! Thanks for tagging me dear :)

    ReplyDelete
  5. My botol air pernah hilang sekali. Tertinggal dalam dewan lepas pertandingan teater. Cari punya cari tak jumpa. Sekali guard dah ambik buat letak air dia. Redha je la kita ni sbb dah ada botol baru.

    ReplyDelete
  6. haha.. beli botol tali panjang untuk sangkut kat leher taknak bagi hilang. lawak betoi mak akak :DD

    ReplyDelete