The bored semester break

20 January 2014




Masa kat U menunggu cuti semester ni memang macam-macam benda yang aku rancang nak buat. Siap tulis list lagi tu. Tapi bila dah balik rumah ni, satu benda pun tak jalan. Memang susah la nak jalankan "list-to-do" waktu sekarang ni. Adik aku sekolah, kawan-kawan sekolah dulu pun cuti tak sama. So apa boleh buat? Melangut kat rumah sama macam aku tunggu paper last aku yang seminggu lamanya. T^T

Dalam list-to-do aku tu banyak makan je sebenarnya. Nak makan semua benda yang aku susah nak dapat kat Kedah tu. Actually bukan tak ada. Dia ada cuma jauh sampai kena sewa kereta atau naik bas. Rasa macam membazir pulak semata-mata nak makan.

Masa aku banyak untuk menghadap laptop ni. Sumpah bosan. Tak pe la. Boleh aku belajo balik stail aku tulis blog. Dah tak reti dah ni.




2 comments:

  1. I kike the idea.. Keep it up.. boleh pegi jauh :)

    ReplyDelete
  2. Aniq Bukhary:Mind if i ask.. What idea eh? Boleh pergi jauh?

    ReplyDelete