120422 Epop Fanmeeting

23 April 2012


Yeah, aku dapat pergi sana. Awal jugak la sampai tapi awal-awal pun, ada orang lagi awal daripada aku. T.T Ok, aku pergi dengan kawan aku. *kira* 5 Orang.

Masa keluar je monorail bila dah sampai Bukit Bintang tu, ramai orang perempuan cina lari. Ah, aku tak syak apa apa pun masa tu. *first time jejak kaki kat situ* Tapi bila masuk je Sungei Wang Plaza tu, bila masuk je, dah buntu tak tahu nak pergi mana. So, kita orang kejar perempuan cina yang lari tu. AHAHAHAHA

Then, masa tengah sibuk lari, ada perempuan cina berhentikan aku.

"Are you going to Epop Fanmeet too?"
"Ahah! Yes! You too?" 
"I thought i was too early, they're earlier then me."
Kitaorang terus sambung lari. Masa ni baru pukul 9++ Belum pukul 11 lagi. Event start pukul 11. Masa dah sampai kat tempat event, benda pertama aku nampak banner Super Junior. OMG! OMG! And yeah, nampak barisan panjang yang dah melepasi 5 hingga 6 kedai kebelakang.

Bahagian muka surat epop cina yang ada kupon.

Masa beratur, aku nampak ramai orang cina kat situ pegang epop cina. Kawan aku tanya la dia.
"Do we need to bring epop to get the goodies?"
"Ah! Yes, we need to show the coupon"
So, sementara aku jaga barisan, kawan aku dah keluar pergi cari epop cina. Dalam kawasan Sungei Wang Plaza tu dah tak ada epop. Nasib baik sempat beli kat luar. Yeah, pelanggan epop Malay had no idea about this. Dyorang tak pernah mention pun kena ada kupon tu. Yang dyorang kata FREE. So, orang yang tahu je la dapat goodies.

Lepas berdiri dalam 3jam++ Baru la kitaorang sampai ke kaunter tebus kupon. Satu kupon boleh pilih sama ada nak goodies or nak poster besar dan poskad. I choose goodie la, poster dah berlambak kat rumah kan?

Lets see what we've got in the goodie bag.


Everyting inside the bag.

Cute calendar

Snack

Ramyeon yang Beast promote. Click here for proof.

Air kotak! XD SEDAPPP!! Perisa pisang, bayangkan la.

Lastly, my favorite stuff. Etude House product! XD

Kawan aku bawak adik dia sekali. So, dia dapat 2 goodie dan 1 poster besar. Ok, aku mengaku aku agak jeles tentang tu. Lepas tu aku dengan kawan aku tunggu giliran nak pakai hanbok. Tak tahu la kenapa tak ramai yang nak pakai hanbok. Actually, kalau pakai hanbok tak perlukan kupon, asalkan tangkap gambar pakai kamera sendiri. Kalau nak gambar polaroid, kena guna kupon.

Ok aku bawa instax aku sendiri, so tak perlukan kupon.

Disebabkan nak bergambar dengan Rilakkuma tak kesampaian, *setiap kali Rilakkuma tu keluar, aku tengah beratur* Aku pun ambil gambar dengan cardboard je la. T.T

Rilakkuma in the house!

Tak lupa jugak tulis message untuk idol. Ok aku cuma tujukan kat Donghae je. T.T Mian SJ oppa. Dyorang kata, dyorang akan hantar ke Korea poskad tu. Hmm tak tahu la.

Ehhem, tak payah gatal-gatal nak baca. AGAGAGA

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti, tapi aku dah balik. Ruffneckz buat persembahan pun aku tak nampak sebab aku tengah beratur, aku terlindung dibelakang tiang. So sad. T.T Video special untuk ELF tu pun aku tak dapat tengok. Tengok kat youtube je la.






Dyorang ada buat jualan. Kalau beli boleh buat cabutan untuk tahu kita dapat hadiah apa. *Lelaki depan aku beli album Girls Generation, The boys. Then dia cabut kat situ, dapat album 2AM. Bertuah betul!* Ok, aku tak beli apa-apa. >.< ㅋㅋㅋ  Dia tak jual brg SJ sangat.

Masa tengah makan kat KFC, Ruffneckz buat persembahan lagi, lagu Super Junior. Tak dapat tengok jugak. Kami memang tak ada jodoh. Rilakkuma, kita pun tak ada jodoh kan? Tak apa la. Satu hari nanti....


P/S: Pasal balik rumah aku tak nak cerita. Aku dah confuse dengan pengangkutan awam. Aku bukannya kenal KL sangat pun. T.T Er, faham-faham je la.



Keletah -.-
Oh yea, Adik lelaki aku umur 9 tahun belek-belek snack udang tu then dia tanya aku,
Dia: Akak, kalau kita makan jajan ni nanti kita boleh cakap Korea ke?
Aku: Eh! Mana ada la. Tapi kalau keropok tu memang ada fungsi macam tu aku dah makan banyak dah.

Adik perempuan aku 16 umur yang baru balik dari kem, tengok gambar polaroid aku pakai hanbok.
Dia: Eh, muka kau macam orang Korea la! Tapi macam makcik je la. Serius!
Aku: -.- 


No comments:

Post a Comment