sakit *Mengharapkan orang sakit?
Sengal betul. Pagi tadi lambat sikit buka khemah sebab hujan
, tanah kat padang lembap. Hari ni PC (Pertolongan Cemas) dah buat persediaan yang agak rapi
untuk menangani orang yang sakit. Kita orang dah dibahagikan secara berpasangan
. Aku dan Hafizah jalan-jalan kat kawasan
padang. Takkan nak membiarkan semua dua belas PC
tercongok kat khemah je kan? Nanti orang kata pemalas. Cukup la sebelum dah kena buli
dengan pelajar sekolah lain. Hari ini azam
baru!Masa meronda-ronda
padang tu, aku dan Hafizah melencong
sekejap ke kelas. Rindu dengan tempat duduk
kat kelas tu. Lagipun aku dah diberitahu yang kat kelas dia orang dah letak mentera
. Teringin juga nak tahu
. Tu yang melencong.Ain , Hafizah, Amirul dan Hazwani.
Amirul, Ain, Aku dan Hazwani
Lokasinya belakang
pintu kelas je. Haha. Ni masa rehat.
Lepas tu, aku pergi tengok perlawanan bola baling lelaki bawah 18 tahun
antara SMKSKI
dan ACS
. Perlawanan memang sengit. Masa ni, aku tak bertugas sebagai PC pun, sebab Cikgu Norijan tarik aku untuk duduk disebelah
dia. *Aku jadi payung
dia. Panas terik
. Tak boleh nak lari. Dia pegang tangan
aku kuat-kuat. Tapi tak apa la, at least aku dapat tempat duduk VIP
dekat padang tu. Sokong sekolah sendiri yang sedang berlawan
. Tapi malangnya sekolah aku kalah
5-1 dengan ACS. Pemain simpanan SMKSKI kata juri tu yang tak adil
. Tak apa la. *Aku tak tahu apa-apa peraturan bola baling. Sekolah kita dah dapat masuk semi-final pun dah kira bagus
la tu.Bila perlawanan dah hampir berakhir, seorang pelajar perempuan
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong jatuh
. Kali ni aku suka semangat
yang PBSM tunjukkan. But, thats not the point
. The point is, pelajar tu sukar bernafas
kerana bola
yang dibaling dengan kuat tepat terkena pada dada dia. Kesian sangat sebab tak dapat bantu
. Dia asyik berguling-guling je. Nak suruh cikgu dia hantar ke klinik
tak boleh, sebab cikgu tu datang naik bas. Cikgu Maznah
yang hantar. Pelajar tu dah kejang kat tangan
masa sampai kat klinik. Nak tahu doktor kata apa? 'Tu la, kenapa bernafas kuat sangat? kan dah kejang.' Harap-harap dia baik.
Habis perlawanan dalam pukul 12 tengah hari
. Masih ada masa untuk masuk
ke kelas. Tapi aku malas
. Penat+lapar
. Minta maaf la ye kawan-kawan.
tak suka.!pengadil tipu...ak nk jer tumbuk muke pengadil 2 ouh..hahahaha
ReplyDeleteMemang ouh. Pemain sekolah kita terpaksa tahan geram.
ReplyDelete