Tarian Unknown

27 January 2011


Hari ni merupakan hari pertama aku, Hazwani dan Ain Syafiqah menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga stor sukan. Aku dan Hazwani pergi ke sekolah pukul 3.30 petang (tak sharp pun.~). Kita orang pun tunggu la Ain Syafiqah kat laluan gajah menyusur kat sekolah tu sebab boleh tengok orang berlatih kawad kaki untuk mesyuarat PIBG tak lama lagi. Aku ni memang suka tengok orang kawad kaki, sebab dia orang nampak tersangatlah seragam. Tak lama tu Hazwani kata..

‘Eh! Tu Ain lah.’
‘Mana?’
‘Kat sana tu.’
‘Oh!’

Disebabkan kawan aku tu macam dah hilang arah nak cari kita orang, aku pun berdiri la kat atas bangku sambil hayunkan tangan macam orang minta pertolongan SOS. Tapi aku tak berjaya menarik perhatian dia. Aku pun buat la pergerakan macam budak misteri dalam komik Lawak Kampus tu, baru berjaya. Ain pun cakap,

‘Kau tak malu ke?’
‘Ha? Kenapa?’
‘Semua budak kawad tengok kau la.’
‘Ha? Bukan dia orang menghadap kesana ke?’
‘Tak, dia orang dah menghadap kat kau.’
‘Esok, kalau ada orang tanya pasal ‘tarian’ tadi, kau cakap kau tak kenal ye?’
‘Memang pun.’



3 comments:

  1. boleh plak korang main dalam stor tu

    ReplyDelete
  2. Boring~ sebab tu la main, kasi kecoh! hahahaha

    ReplyDelete
  3. Boring~ sebab tu la main, kasi kecoh! hahahaha

    ReplyDelete