Tips untuk mendapat jodoh dengan orang yang kacak. (Girls only)

07 November 2010


Aku bukan nak bagi tips merepek-repek ye. Tapi boleh diamalkan *agaknya . But better not to. Jangan risau, cerita ini takkan meruntuhkan iman kau orang pun. Sekadar suka-suka. (^_^)

Biasalah perempuan, aku dengan kawan aku memang suka cerita pasal Stefan dalam cerita Vampire Diaries. Kacak. Cerita pasal persamaan la. Ceritanya berbunyi begini;

'Weyh, suka aku tengok muka Stefan yang gila-gila kacak tu.'
'Hey, tu aku punya, kau ambil la abang dia.'
'Ko nak tahu tak? Aku tengok cerita apa entah yang ada pada hari jumaat, Al kuliyah ke Al hidayah ye?'
'Pasal apa?'
'Aku dengar ustaz tu cakap, tuhan dah jodohkan orang yang sangat berlainan dengan kita.'
'Maksudnya?'
'Dia kata, jodoh kita bukan dengan orang yang sudah ada chemistry. Tapi yang tak ada chemistry langsung.'
'Oh! Patutlah orang selalu cakap kalau asyik gaduh nanti ada jodoh? Pastu kalau benci orang pun ada jodoh?'
'Ye la. Haaa! Kau tahu apa yang aku fikir?'
'Apa?'
'Kalau kita nak kahwin dengan orang yang kacak, kita kena la sentiasa bergaduh dan benci orang yang kacak, baru ada jodoh. Betul tak?'
'Haah la. Eh! Aku benci la dengan Stefan tu.'
'Aku pun sama!'
___________________________________________

Harap kau orang tak tiru cara kami mencari jodoh. Bhahahahaha. Perbualan ni bukan rekaan tahu! Tapi betul-betul terjadi. Aku ni memang berfikiran pelik+gila-gila. Susah kalau dapat kawan macam aku. hahaha

Information. Dalam perbualan tu, yang bewarna merah adalah aku dan yang berwarna biru adalah kawan aku. :)


2 comments: